> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah ! bab 6 ~
Sunday, 31 July 2011 | 19:50 | 0 chocolate


   “Weh. Aku ada bawak benda baik punya…”Danea yang baru pulang entah dari mana itu mengejutkan Sazzy yang sedang tidur dan Arisha yang sedang belajar dengan suaranya yang cukup lantang.
  “Eiiii, suara kau tu boleh pelan sikit tak? Aku baru lelapkan mata tau? Eiiii,”Sazzy mengamuk kerana tidurnya yang lena tadi diganggu-gugat.
“Entah. Aku cabai jugak mulut hang tu satgi.”tambah Arisha menyokong Sazzy.
  “Alah. Macamlah tak biasa. Aku ada bawak laptop. Satu set dengan broadband lagi. Mak aku yang hantar.”
    What? Broadband? Eiiii. Bestnya. Kau tahu Danea, aku dah lama tak check facebook dengan blog aku. Entah jadi apa dekat benda-benda alah tu,”kata Sazzy teruja.
“Tulah. Tadi marah-marah,”Danea mula mengungkit.
    “Alah. Aku melawak je tadi. Aku nak guna dulu boleh? Ala, bolehlah,”pujuk Sazzy sungguh-sungguh.
“Okey, okey. Tapi cepat sikit sebab aku nak kena siapkan assignment.”
   “Okey Danea. Thanks erk. Heee,”seronok pula Sazzy. Sudah terlupa yang tidurnya tadi diganggu.
   “Facebook tu binatang apa? Sini facebook, sana facebook? Buku ka? Heran aku,”Arisha yang sedari tadi menjadi pendengar mula menyampuk.
   “Kau  ni memang katak di bawah tempurung betullah. Kalau kau nak ada account facebook, aku boleh buatkan. Nak?”pelawa Danea.
   “Tak nak la aku. Buku yang melambak ni pun aku tak habis baca lagi, kau nak suruh aku baca facebook tu pulak? Huh. Thanks but no thanks.”
“Bendul betul member kita ni kan Saz,”bisik Danea perlahan.
“Apa hang cakap Danea? Hang ingat aku tak dengaq ka hah?”bidas Arisha.
    “Hehe. Takde apa la. Dahlah, aku nak mandi dulu. Dah bau asam dah badan aku,”dalih Danea sebelum diserang bertubi-tubi oleh Arisha.
“Korang ni,”Sazzy mengeluh.



   Friend request 56, notifications 70. Sebulan tak bukak. Hmmm.’kata Sazzy sambil tangannya lincah menekan-nekan keypad laptop Danea. ‘Ahh, apa yang penting, aku kena bukak profile Erfan dulu,’
   Terperanjat besar Sazzy apabila dia melihat gambar-gambar di profile facebook Erfan. Gambar-gambar Erfan bersama Linda Hazlina di UK. Linda juga menyambung pelajarannya di UK setelah mendapat tahu Erfan juga menyambung pelajarannya di sana. Linda lebih bersemangat untuk meneruskan niatnya apabila dia mendapati Sazzy hanya menyambung belajar di UiTM Selangor.
    ‘Hah, takkanlah,’kata hati kecil Sazzy tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kesemua gambar-gambar itu menunjukkan kemesraan yang teramat antara Erfan dan Linda. Terdetik cemburu yang begitu mendalam dalam hati Sazzy. Sedih tidak terkata. Tidak boleh diungkap.
    ‘Takkan Erfan sanggup buat aku macam ni. Apa salah aku?’detik hati Sazzy sedih. Tidak dapat ditahan lagi, Sazzy merembeskan air matanya. Mengalir tanpa henti-henti.
   “Eh, awat dengan hang Saz? Baca facebook pun boleh menangis ka? Susah sangat ka?”tanya Arisha bendul.
    “Sha… apa kau ni. Dia tengah sedih kau boleh buat lawak lagi. Kenapa ni Saz? Apasal tetibe je nangis?”tanya Danea khuatir.
    “Kau tengoklah ni. Sanggup dia buat aku macam ni,”tangis Sazzy tidak henti-henti. Esakannya semakin menjadi-jadi. Semakin kuat. Dia menunjukkan gambar yang tertera di skrin nipis computer riba Danea.
    “Eh, ni bukan Erfan ka? Marka hang tu? Sapa perempuan ni?”banyaknya soalan Arisha membuat Sazzy semakin kuat menangis.
“Siapa perempuan ni Saz?”tanya Danea lembut.
    “Ni, ni budak kelas aku masa tingkatan 5. Dia memang minat dekat Erfan sejak Erfan masuk sekolah lagi,”terang Sazzy yang semakin kuat tangisannya.
   “Huh. Jantan gatal. Miang. Sanggup dia buat hang macam ni. Aku dah agak dah. Semua laki tak boleh diharap. Hampeh bin hampus betoi,”marah Arisha sungguh-sungguh.
    “Sha, kita biar Saz tenang dulu. Kalau kau nak marah jantan tu pun, tunggu keadaan Saz reda. Saz, banyak relax. Chill je. Kumbang bukan seekor. Yang minat kat kau pun berekor-ekor. Kau tak payah risau la Saz. Kitaorang selalu ada dengan kau waktu kau susah ataupun senang. Percayalah,”Danea panjang lebar memberi nasihat dan dorongan kepada Sazzy. Memang Danea berbakat menjadi penceramah motivasi suatu hari nanti.
   “Terima kasih. Korang memang baik. Tapi sekarang aku nak rehat dulu. Aku tak turun padang petang nanti,”kata Sazzy dalam tangisan yang masih bersisa.
“Okey. Hang rehat tau. Jangan pi mana-mana,”

   “Hey korang. Errr, mana Saz? Tak turun ke?”tanya Irham sebaik sahaja ternampak kelibat Danea dan Arisha yang menghampiri kawasan padang tetapi tidak pula kelihatan kelibat Sazzy di situ.
“Tak. Dia tak turun. Dia tak sihat.”
  “Tak sihat? Semalam okey je aku tengok dia. Siap bergelak ketawa lagi dengan korang. Apa dah jadi?”sebaik sahaja mendengar berita bahawa Sazzy tidak sihat, Irham terus jadi tidak tentu hala.
   “Guna otak boleh tak? Tak semestinya kalau semalam okey, hari ni pun okey jugak. Dah dia nak demam hari ni, tak boleh buat apa la,”balas Arisha geram. Baginya, pelajar lelaki tahun dua fakulti perniagaan itu terlalu busy body.
“Esok dia demam tak?”tanya Irham bodoh.
   “Woii mangkok. Janganlah tanya soalan setaraf soalan UPSR tu. Cuba kau tanya soalan ni dekat cleaner kolej ni je?”balas Danea cukup geram.
    ”Haha. Korang semua perangai sebijik macam Saz. Suka marah-marah. Apasal? Berjangkit eh?”usik Irham nakal.
“Kau ni kan. Hampeh betul. Takde kerja lain ke? Kacau orang je tau.”
Tiba-tiba, dua orang pelajar lelaki tahun dua datang menghampiri mereka.
   “Amboii Am. Kau nak ngorat budak-budak ni ke?”tanya salah seorang daripada pelajar itu. Namanya Syukri.
“Aku bukan nak ngorat dioranglah Syuk. Aku nak ngorat member diorang,”
“Member diorang? Yang mana?”tanya pelajar yang satu lagi, Azlan.
   “Alah. Yang aku pernah tunjuk dekat korang tu. Rambut panjang, putih-putih, kecik je badan dia.”
“Ouh. Sazzy eh?”tebak Azlan.
“Ha’ah. Dialah,”
“Gila kau. Aku dengar senior tahun tiga pun pernah try dia. Tak dapat Am,”terang Syukri.
    “Diorang memang tak dapat dan takkan dapat sebab aku yang akan dapatkan dia,”janji Irham sungguh-sungguh.



OLDER POST | NEWER POST