> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah! bab 1 ~
Wednesday, 6 July 2011 | 06:02 | 0 chocolate
     Kringgg!!! Jam loceng merah jambu yang sudah berkhidmat selama 4 bulan itu menyanyi nyaring. Dengan langkah longlai, Sazzy melangkah malas menuju ke bilik air. Cukuplah melakukan perkara asas seperti mencuci muka dengan pencuci muka jenama Garnier dan memberus gigi. Sazzy malas mahu mandi memandangkan suhu pagi itu boleh mencapai 23°c.

     Selepas menyarungkan seragam sekolah, dia meniti biasan wajahnya di cermin. Aahhhh, jerawat sudah naik lagi! Tidak boleh jadi. Dengan pantas dia mencapai krim muka. Ditenyehnya krim itu ke muka supaya kelihatan rata dan tidak bertompok. Diambilnya pula bedak compact jenama MAC. Disapunya bedak itu untuk menutup kesan jerawat di mukanya. Siap sempurna!

     Hmmm. Hah, rambut! Mahu di buat apa dengan rambutnya? Ditocang duakah? Berlebihan sangat. Sudahnya, dia cuma mengikat kuda. Dicapainya beg BodyGlove berwarna pink kesayangannya itu yang sengaja dilondehkan. Trend katanya. Siap semuanya, dia pun turun ke bawah untuk bersarapan.

   “Sorry, im late,” Kata Sazzy yang baru muncul ke ruang makan.
“Alah, macamlah Danny tak tahu, kakak tu kalau bersolek, mengalahkan apa je. Nak pergi sekolah pun lawa-lawa,”kata Daniel atau lebih mesra dengan panggilan Danny yang baru sahaja melangkah ke alam sekolah menengah tahun ini.
   “E eh, kau tu apa tahu? Budak mentah!” bidas Sazzy tidak mahu mengalah.

   “Sudah-sudah. Jangan bergaduh depan rezeki. Makan cepat. Nanti ayah hantar. Karang lambat pulak,” Encik Rahman menjadi penyelamat. Danny mencebik. Sazzy menjegil. Sudahnya, kedua-dua mereka mengalah dengan kosong kosong. Alahaiii.
Di sekolah .

   “Weh korang, korang dah siap belum latihan Add Maths yang cikgu bagi minggu lepas? Aku tak dapat jawapan la,” Tanpa salam atau pertanyaan khabar, Sazzy menyerang dengan pertanyaan yang sejak tadi bermain-main di benaknya.

   “Fuhh, lega aku. Aku ingat aku sorang je yang tak siap. Hehe, “ seloroh Ixara.
“Ha’ah la Sazzy. Aku pun tak siap lagi. Habis la kita dengan ‘Cikgu Siti Ayam Serama’ tu.” Kata Ika merujuk kepada Cikgu Siti yang sangat garang, dan sangat bergaya. Dengan pinggul yang sengaja dijengketkan, dan dengan cara berjalan yang lenggang lenggok, memang persis seperti ayam serama betina!
    “E eh, mana Tyna?” Tanya Sazzy merujuk kepada salah seorang dari sahabat mereka.
“Dia tak datang. Tak sihat.” Jawab Ixara ringkas.
Belum pun puas tiga sekawan itu berborak, loceng sekolah sudah berbunyi menandakan waktu sekolah akan bermula.

Dalam kelas .

     “Heyy, you all semua . Mintak perhatian jap. Aku nak kutip duit untuk ceriakan kelas. Boleh kan guys?” suara gedik Linda Hazlina sudah kedengaran nyaring. Linda yang memegang jawatan sebagai bendahari kelas terpaksa menyukai tugasnya. Sebetulnya, dia mahu menjadi penolong ketua kelas. Dengan cara ini, dia akan menjadi lebih popular. Tetapi malangnya jawatan itu lebih memihak kepada Nur Saziatul Afrina atau nama comelnya Sazzy. Disebabkan hal itu, sehingga ke hari ini, Linda masih memusuhi Sazzy. Dilabelnya Sazzy sebagai ‘Perampas jawatan’. Huh. Gila betul! Sazzy yang kebetulan baru masuk ke kelas menggeleng kepala. Aishhhh. Perangainya tidak pernah berubah dari tingkatan satu hingga umurnya mencecah 17 tahun. Gediknya tidak pernah pudar , makin bertambah adalah.

     Kelas menjadi riuh sebentar. Ini gara-gara berita yang kedengaran sendiri dari mulut ketua kelas, Farid Farhan. Berita apa? Oh, sudah tentu-tentu sekali berita berkenaan Cikgu Siti Ayam Serama yang mengajar Add Math itu tidak hadir ke sekolah. Ada diantara pelajar yang sudah mengalirkan air mata gembira. Linda bersama rakan-rakan gediknya, Nana, Nini dan Lily sudah berpeluk-pelukan. Haish, gedik sungguh mereka! Sazzy dan rakan-rakan sudah bertepuk suka. Wahh, gembira sungguh mereka.

      Sekiranya tadi kelas 5 Sains riuh bak pasar malam, kini, kelas berubah menjadi senyap sunyi. Mengapa? Adakah Cikgu Siti Ayam Serama yang dikatakan tidak hadir sudah ada di depan pintu kelas 5 Sains? Ala –ala surprise gitu? Ouh tidak. Ini kerana Cikgu Sazali, guru kelas mereka datang bersama seorang pelajar lelaki. Pelajar-pelajar perempuan kelas itu sudah mula bisik-berbisik sesama sendiri. Yang paling ketara gediknya tentu-tentu sekali Linda Hazlina. Dia sudah mula memperbetulkan rambutnya yang sedikit cacat. Dalam pada masa itu, dia sudah mula mencapai bedak compact lalu menempek-nempek bedak ke mukanya. Sazzy pula sudah ternganga melihat kekacakkan jejaka di depan kelas itu.

   “Minta perhatian semua. Hari ini, kelas kita akan menerima sorang pelajar baru. Erfan, sila perkenalkan diri kamu,” Arah Cikgu Sazali kepada murid baru yang dipanggil Erfan itu.
“Assalamualaikum, nama saya Muhamad Erfan Mukhriz bin Hisyam. Korang boleh panggil saya Erfan,”
“Kalau I nak panggil Mukhriz je boleh? I like that kind of name. So sweet!”suara gedik Linda sudah mula kedengaran. Erfan hanya tersenyum.
Sazzy sudah pucat wajahnya. Mengapa? Oh, ini kerana hanya kerusi di sebelahnya saja yang kosong. Pasti Cikgu Sazali menyuruh pelajar baru itu untuk duduk di sebelahnya. Sazzy sudah mula mengira-ngira sendiri.’Mengapalah Tyna tidak hadir hari ini?’ rungut Sazzy.
“Erfan, kamu boleh duduk sebelah Sazzy,”
Dan ketika itu, Sazzy rasa seperti mahu pengsan! Duduk di sebelah pelajar lelaki yang kacak. Ohh, sememangnya dia tidak pernah bermimpi sebegitu.

“Hai, saya Erfan,” Kata Erfan mula memperkenalkan dirinya kepada gadis comel di sebelahnya, Sazzy! Sazzy ketika itu sudah seperti terbang bersama burung-burung dan tiba-tiba… kedebuk! Ouch!
“Hai handsome. I Linda Hazlina binti Dato’ Ahmad. Diorang semua panggil I Lin aje. Tapi kalau you nak panggil darling pun boleh. I tak kisah. I lagi suka. Hehe,”suara gedik Linda menyakitkan hati Sazzy. Baru saja dia berura-ura mahu memperkenalkan dirinya kembali kepada jejaka kacak di sebelahnya yang sudi bertegur sapa dengannya, tiba-tiba ada ulat bulu mengacau daun!
“Err Linda. Maaf erk. Tapi sekarang saya busy sikit. Nak kena salin jadual, sediakan buku-buku nota. Saya harap awak faham,” Erfan pula sudah memberi alasan kepada gadis gedik di hadapannya itu. Rasa bersalah kepada gadis bernama Sazzy makin menebal. Baru sahaja dia mengajak bersembang, tiba-tiba ada makhluk asing tidak dikehendaki mengacau. Kasihan Sazzy.
“Errr, takpe takpe. I faham you busy. Biasalah, new student. By the way, this is my card. Ada nombor telefon, alamat rumah,e-mail and website.”kata Linda sambil menghulurkan kad berwarna merah jambunya itu.
“Ermm, thanks.” Balas Erfan malu-malu.Tidak sangka akan dilayan sebegitu sekali. Di pihak yang lain pula.

‘Haha. Padan muka kau. Ber I, U bukan main lagi. Berlagak! Gedik!’kata Sazzy tetapi hanyalah dalam hati.
“Err, awak, sorry lah. Ermm, nama apa tadi?”
Kalau tadi Sazzy rasa seperti terbang, tetapi kini Sazzy rasa seperi melayang-layang. Tanpa menunggu lama, Sazzy dengan sekali nafas memperkenalkan dirinya.
“Nama saya Nur Saziatul Afrina binti Rahman. Panggi Sazzy. Sorry eh saya takde kad macam Linda. Tapi kalau awak nak jugak saya boleh buat,” Sazzy cuba berlawak dan ternyata lawaknya mengena. Erfan tergelak suka mendengar lawak Sazzy. Sazzy ketika itu rasa sudah mahu pitam melihat tampan kacak si jejaka.

Kringggggg…

Masa seperti mencemburui Sazzy. Baru saja dia mahu beramah mesra dengan Erfan, loceng rehat sudah berbunyi.
“Hey bro. Jom la rehat dengan kitaorang,” Ajak Ariel, Akim dan Hafiz.
“Err, okey,” Erfan berasa lega kerana ada yang sudi berkawan dengannya.

Di pihak yang lain pula.
“Weh Sazzy, kau ni apa hal? Tersengih-sengih je aku tengok dari tadi,”komen Ixara.
“Entah. Ni bukan kes kera dapat bunga dah, ni dah macam Pak Pandir dapat Mercedes Benz dah aku tengok!” seloroh Ika atau nama betulnya Zulaikha.
“Haha. Banyak la korang punya Mercedes Benz,”balas Sazzy dengan sengihan yang masih bersisa.
“Eeh, aku rasa aku tahu pasal apa. Ermm , ni mesti pasal budak baru yang handsome tu kan? Yang duduk sebelah kau tu. Kalau aku jadi kau pun, aku berbunga-bunga,”pendapat Ika memang kena pada sasaran!
“Hehehe,” Hanya itu saja yang keluar dari mulut comel Sazzy.


p/s : novel ni aku yg hasilkan dgn titik peluh aku snirik . da lma aku simpan , baru skarang egt nak publish . komen amat di alu-alukan . sambungannya nnty aku post (:

OLDER POST | NEWER POST