> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah! bab 2 ~
Monday, 11 July 2011 | 04:39 | 0 chocolate
Tiba-tiba…
 
    “Woiii pompuan! Aku nak warning kau eh. Kau jangan cuba-cuba nak dekat dengan Erfan. I  remind you. He’s mine,”marah Linda garang.

  ‘Ek eleh. Minah ni. Takde orang lain ke dia nak kacau?’desis hati Sazzy
    “Aku rasa ustazah pernah ajar, sebelum nak tegur atau nak panggil sesape, kena bagi salam. Setahu aku Ustazah Hafizah tak pernah ajar cakap kasar-kasar. Tak tau lah kalau dia ajar kau sorang je. Teringin jugak aku nak belajar ilmu yang dia turunkan kat kau,”balas Sazzy sangat pedas.
   “Kau jangan kurang ajar eh. Ermmm…”Linda tercari-cari ayat yang sesuai untuk membalas kata-kata Sazzy yang dianggapnya seperti sembilu itu. Dan akhirnya, dia mengalah.
     “Takpe, hari ni hari kau. Kau tunggu je lah!”kata Linda sebelum berlalu pergi bersama konco-konconnya.
   “Takpe. Hari ni hari kau. Kau tunggu je lah. Dah macam drama kat TV pulak aku tengok!”Sazzy meniru kembali suara Linda. Ixara dan Ika sudah ketawa terbahak-bahak.






      Bilik itu mendamaikan sesiapa sahaja yang masuk ke dalamnya. Oleh kerana itu, Sazzy lebih suka menghabiskan masa bersendirian di biliknya. Pulang sahaja dari sekolah, Sazzy terus membuka laptop pinknya yang dihadiakan oleh Puan Maria dan Encik Rahman pada ulangtahun kelahirannya yang ke 16.
      Dari dalam kelas lagi, dia sudah merancang mahu mencuba perkara ini. Mana tahu dapat. Seperti biasa, perkara utama yang Sazzy akan lakukan ialah membuka facebook! Maklum sahaja -lah. Laman web sosial ini adalah yang paling popular pada abad ini. Sazzy juga tidak ketinggalan memilikinya. Setelah mendaftar masuk, Sazzy terus ke kotak pencarian rakan di bahagain paling atas.  Ditaipnya nama jejaka yang sudah membuat dia angau. ‘Erfan Mukhriz’.

     Ditelitinya satu persatu result daripada pencariannya. “E eh, ni macam… Hah! Aku dah dapat. Aku dah jumpa. Tak sia-sia aku cari. Wahh, gembiranya bila dah jumpa fb si pujaan hati,”gembiranya Sazzy tidak dapat dilindung lagi sehingga dicium-cium laptop kesayangannya itu.
Tanpa berfikir panjang, Sazzy terus menekan butang ‘Add As Friend’ di laman profile Erfan.

   “Sazzy, mari turun makan,”panggil Puan Maria.
    “Kejap, Sazzy nak mandi dulu,”kata Sazzy dengan senyuman yang masih berbunga sambil melangkah ke bilik mandi.







Makan tak kenyang.
Mandi tak basah.
Tidur tak lena.

       Inilah simptom-simptom yang dialami oleh Sazzy baru-baru ini. Jejaka yang ditempatkan di hadapannya itu membuat dia hampir gila. Mahu diluahkan, takut diri mendapat malu. Sudahnya, dia hanya memendamkan sahaja di dalam hati. Huh, seksa sungguh!

      3 minggu lagi. Hari yang paling menakutkan bagi semua pelajar-pelajar tingkatan 5. Mengapa? Sudah tentu-tentu sekali mereka akan menghadapi peperiksaan SPM. Bagi Sazzy sendiri, dia hanya berserah. Dia sudah melakukan yang terbaik. Tetapi lain pula bagi Linda Hazlina. Tiga minggu berbaki, dia masih boleh berseronok membeli belah, menonton wayang dan berehat. Sazzy tidak mahu ambil pusing. Biarlah Linda dengan kehidupannya. Yang dia tahu, dia dan rakan-rakannya akan berjaya. Di lubuk hati yang paling dalam, dia juga mahu Erfan Mukhriz berjaya.

      Hari Selasa adalah hari yang paling Sazzy suka. Ini kerana pada hari ini, mereka semua akan membuat ‘study group’. Apa yang menariknya? Ini kerana Erfan Mukhriz juga turut serta dalam sesi belajar berkumpulan itu. Erfan sendiri yang mahu menyertai kelompok belajar yang diadakan pada setiap hari selasa di rumah Sazzy. Ariel, Akim dan Hafiz juga tidak ketinggalan menyertai kelompok pelajar itu. Walaupun Sazzy masih dalam mode gila bayang, tetapi pelajaran tetap nombor satu. Pujaan hatinya harus dilupakan buat sementara waktu.

   “Ermm, Sazzy. Macam mana nak selesaikan soalan ni?”tanya Erfan ketika sesi study group di rumah Sazzy berlangsung.
   “Ohh, macam ni…”terang Sazzy panjang lebar berkenaan soalan Add Math yang baru ditanya oleh Erfan.
    “Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang, bertambah sayang…” Hafiz yang nakal menyanyi-nyanyi lagu yang dipopularkan oleh Anna Rafali. Tujuannya untuk mengusik Erfan dan Sazzy yang agak rapat kedudukan mereka.  Nakal sungguh!
       Ixara, Ika, Tyna, Ariel dan Akim sudah ketawa terbahak-bahak mendengar usikan berunsur nasihat dari Hafiz. Erfan dan Sazzy sudah kemerah-merahan muka mereka.
    “Apa korang ni. Aku tanya soalan je. Yang tu pun salah? “soal Erfan cuba mempertahankan perbuatannya sebentar tadi.
    “Haha. Tak salah la bro. Mencegah lagi baik dari merawat,”jawab Ariel kembali. Mereka yang lain ketawa terkekeh-kekeh.
  “Eiiiiii, korang ni. Dah la, aku nak buat air jap,” Sazzy yang sudah merah mukanya memberi alasan. Malunya tidak boleh diungkap. Untuk meredakan tahap malunya, dia harus beredar sebentar dari situ. Tambah-tambah apabila bertentang mata dengan si dia. Aduhh! Sukar untuk ditafsir.

     Sedang mereka bergembira berketawa, sepasang mata sedang memerhati. Linda Hazlina! ‘Eiiii, jealousnya aku. Macam mana Sazzy boleh rapat dengan Erfan? Apa aku ni tak cukup cantik dan kaya ke? Eiiii , geramnya!’ desis hati kecil Linda. ‘Takpe, sekarang ni korang boleh bermesra puas-puas, tunggu je lah,’ sambung Linda lagi lalu beredar dari kawasan rumah Sazzy.

Hari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)…
    “Oh my god girls. Aku tak buat apa-apa persediaan. Macam mana ni? Lagi berapa jam lagi kita nak masuk dewan. Aduhhh!” kalut Linda memperkatakan isi hatinya.
    “My dear Linda, kau ingat kau sorang je ke yang tak study? Kau tak ingat ke? Minggu lepas kita semua pergi Alamanda tengok wayang, shopping-shopping. Kita sama-sama tak buat sebarang persediaan. Kalau kita gagal pun, takpe. Alahh, macamlah tak biasa Linda. Come on!”balas Nana agak tidak masuk akal.
    “Apalah kau ni Nana. Kitaorang tengah susah hati ni, kau lagi tambah! Aku sendiri pun tengah takut. Aku langsung tak pegang buku. Macam mana la aku nak jawab kejap lagi. Mampuslah aku!”balas Nini, kembar kepada Nana.
    “Entah Nana ni, main-main pulak!”komen Lily.
    “Sudah sudah! Sekarang bukan masa nak gaduh-gaduh. Kita mesti cari jalan macam mana nak    jawab soalan nanti. Anyone, ada idea?
      Masing-masing menggeleng kepala dan pada saat itu juga, Linda rasa sudah tidak ada harapan lagi buat mereka. Mereka cuma perlu berserah. Salah mereka juga! Lain pula bagi Sazzy, Ixara, Tyna dan Ika. Sebelum memasuki dewan, mereka sempat menunaikan solat hajat. Memohon ketenangan semasa menjawab soalan-soalan SPM itu nanti.

   “Fuhh, lega betul aku. Habis jugak exam Add Math. Takde la susah sangat. Nasib baik aku boleh buat. Alhamdullillah,”kata Akim lega.
“Ha’ah. Betul. Tak la susah sangat. Nasib baik kita ada buat study group dengan geng Sazzy,”komen Erfan
    “Eleh, nasib baik ada buat study group dengan geng Sazzy ke, nasib baik ada Sazzy si pujaan hati?”usik Ariel.
   “Aahh! Macam-macam lah korang ni. Kejap eh, aku nak pergi jumpa Sazzy.”
    “Sungguh ku tak mampu, menahan rindu ah, ah. Haha.” Usik Hafiz dengan menyanyikan lagu dangdut kesukaannya itu.
   “Banyak la korang! Hishhh,”kata Erfan yang sudah memerah mukanya.

    “Sazzy, Sazzy. Tunggu kejap!”
   Sazzy yang pada masa itu mahu ke kantin mengalih ke belakang. Mencari suara yang memanggilnya.
   “Eh, Erfan. Kenapa ni?”tanya Sazzy.
   “Ermm. Saya nak ucap terima kasih dekat awak dengan kawan-kawan awak. Kalau la korang tak tolong saya, saya mesti tak boleh jawab masa exam tadi,”kata Erfan ikhlas.
    “Ohh, sama-sama. Biasalah la tu, awak pun selalu tolong saya. Tak kisahlah.”
Sedang mereka berborak-borak, Linda muncul tanpa diundang.
   “Hey Erfan. I nak cakap dengan you kejap. Just with you honey,”kata Linda sambil memandang jengkel kepada Sazzy.
   “Ermm, Erfan. Saya pergi dulu. Ixara tengah tunggu tu. Nanti kita sembang lagi eh. Tak senang lah nak sembang kalau ada ulat bulu kat sini. Rasa gatal-gatal je. Bye Erfan,”sengaja Sazzy menggunakan intonasi gedik pada akhir katanya.
    Erfan cuba mengawal ketawanya yang mahu meledak. Memandangkan Linda ada di depannya dengan muka masam bak asam, terus tidak jadi ketawa. Dia menggeleng kepala. Sazzy, Sazzy.
   “Ermm Linda. Awak nak cakap apa tadi?”tanya Erfan.
    “Huh. Takde apa. Okeylah. I pergi dulu. Bye”balas Linda dengan muncung sedepa.

  “Hey brader. Apasal tu?”tanya Hafiz, Ariel dan Akim yang baru datang menghampiri Erfan.
    “Haha. Takde apa-apalah,”jawab Erfan tenang.
  “Eh. Tadi kau kata nak jumpa Sazzy? Mana Sazzynya? Linda je yang aku nampak?”tanya Ariel curiga.
   “Ye la. Tadi aku ada jumpa Sazzy kejap. Tup tup, Linda tu datang. Entah dari mana minah tu datang. Kacau aje!”jawapan Erfan mengundang ketawa mereka.
   “Erfan, kau dah bagi belum ‘benda’ tu dekat Sazzy?”tanya Akim.
   “Tu la pasal. Baru nak bagi, tiba-tiba Linda datang. Sazzy pun masa tu dah blah. Mana sempat aku nak bagi. Sekarang pun aku tak tahu dia dekat mana. Esok-esok je lah aku bagi. Lagipun aku seganlah,”luah Erfan ikhlas.
   “Blah la lu. Segan taik kucing. Ermm, weh Erfan. Kau kan rapat dengan Sazzy. Kau boleh tak tolong aku?”tanya Hafiz.
“Hah? Tolong apa?”
   “Suruh Sazzy rekemenkan member dia tu. Ala, yang comel-comel tu. Apa entah nama dia. Ermm, hah! Ixara. Boleh kan?”minta Hafiz sedikit merayu.
“Aikk? Apasal tiba-tiba je?”tanya Ariel.
   “Ha la. Mula-mula aku nak try si Sazzy tu. Tapi dah member kita sorang ni  tersangkut dengan minah tu, aku nak try si Ixara tu pulak la. Lagipun dia tu baik. Aku suka tengok muka dia. Sweet sangat,”balas Hafiz agak malu-malu.
   “Tulah kau. Suka sangat usik aku dengan Sazzy. Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang konon. Kejap kau. Ada lori ada bas, ada hari gerenti aku balas,”kata Erfan geram.
    “Alah kawan. Aku melawak je masa tu. Lupakan jelah. Kita kosong-kosong erk?”rayu Hafiz lantas disambut oleh ketawa dari  Akim, Ariel dan Erfan.

 p/s : maaf , aku pun tataktao kenapa coding2 kat atas tu kluaq sikit pya byk . harap maaf . aku akan try bg dea hilang .

OLDER POST | NEWER POST