> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah ! bab 3 ~
Thursday, 14 July 2011 | 22:39 | 0 chocolate
     “Apa perancangan kamu lepas habis SPM nanti?”tanya Encik Rahman sejurus melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk. Encik Rahman bekerja sebagai seorang usahawan berjaya. Dia pernah ditawarkan pangkat sebagai seorang Dato’ tetapi ditolaknya atas alasan takut dirinya cepat lupa diri. Maklum sahajalah. Semua orang sekarang gilakan pangkat dan kedudukan. Tetapi tidak bagi Encik Rahman.
   “Entahlah papa. Maybe Sazzy nak try cari kerja,”jawab Sazzy tetapi matanya terlakat bagai gam cap gajah pada kaca televisyen.
  “Kerja? Kerja apa?”
   “Sazzy tak kisah kerja apa pun. Sazzy nak try la jugak merasa duit hasil titik peluh Sazzy sendiri. Kerja dekat KFC ke, MCD pun boleh jugak,”balas Sazzy yakin.
   “Papa tak kisah. Janji kamu pandai jaga diri sudahlah,”kata Encik Rahman memberi persetujuan di atas permintaan anaknya.
“Yeahh. Sayang papa,”jawab Sazzy lantas memeluk ayahnya yang tercinta.

   “Merdeka! Merdeka! Merdeka! Yeahhhhhh,”laung pelajar-pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan Indera Putera.  Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan SPM. Siapa yang tidak seronok?
    “Korang tau tak? Aku tak pernah rasa lega dan seronok macam ni. Rasa macam nak lompat-lompat je,”kata Tyna dengan nada yang sukar digambarkan. Terlalu gembira barangkali.
   “Seronok tu memanglah seronok. Tapi aku agak sedih sebab kita dah tak boleh selalu jumpa macam sekarang. Kalau macam sekarang ni setiap hari kita jumpa. Tapi bila dah habis sekolah nanti, hurmmm,”
“Ha’ah la. Hari ni hari last kita kat sekolah kan? Waaaaa. Tak nak,”raung Ixara pula.
   “Kita mesti janji. Walaupun kita dah tak boleh jumpa macam selalu, tetapi kita tetap kawan baik selama-lamanya. Setuju?”cadang Ika.
“Setuju!”laung mereka berempat diikuti dengan gelak tawa.



Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan berpisah
Kenangan bersama
Tiada ku lupa

    Lagu ‘memori tercipta’ nyanyian Shila Amzah terngiang-ngiang di kepala Sazzy. Lagu ini mengingatkan dia kepada teman-teman di SMK Indera Putera. Segala kenangan suka dan duka tersimpan kemas di dalam hatinya. Setitis demi setitis air jernih itu gugur dari kelopak mata Sazzy. Cukup sukar baginya melupakan segala kenangan setelah lima tahun belajar di situ. Rakan-rakannya, guru-guru yang mendidiknya, makcik kantin yang sudah tahu apa makanan kegemarannya. Boleh dikatakan semua warga SMK Indera Putera dia sayang. Tiada yang terkecuali.
    Yang paling membuatkan Sazzy sedih, dia tidak dapat berjumpa dengan Ika lagi disebabkan ibu bapa Ika mahu menghantarnya ke London kerana atuk dan nenek Ika berada di sana. Ika terpaksa akur walaupun hatinya berat sekali untuk meninggalkan teman-temannya di Malaysia.
    Erfan Mukhriz. Nama yang tidak asing lagi dalam hidup Sazzy. Dia tidak tahu apakah dia akan berjumpa dengan Erfan lagi. Sudahlah nombor telefon bimbit Erfan dia tidak ada. Hanya nasib yang akan ketemukan mereka.
    Dicapainya teddy bear berwarna merah jambu yang dihadiahkan oleh Erfan pada hari keempat peperiksaan SPM. Dipeluk erat patung beruang bersaiz sederhana besar itu. Fikirannya kembali melayang pada hari keempat peperiksaan SPM.
  “Sazzy, sini kejap,”panggil Erfan agak perlahan supaya tidak didengari oleh orang lain.
“Eh, apahal ni Erfan?”tanya Sazzy sedikit terkejut.
   “Saya nak bagi something dekat awak. Ermmm. Tutup mata boleh?”minta Erfan.
    “Err, okey,”Sazzy menutup mata tetapi hatinya masih ragu-ragu.
  Erfan meletakkan kotak bersaiz sederhana besar di atas tangan Sazzy.
   “Ehh, apa ni Erfan?”
   “Yang tu awak tak boleh tanya saya. Awak balik rumah, awak bukak. Kalau awak tak suka,   bagi tahu saya. Nanti saya beli yang lain. Okey?”balas Erfan.
   “Yang last tu saya tak setuju. Awak dah penat-penat beli, pastu bila saya tak suka je, kena bagi kat awak balik then awak kena beli lain? Are you crazy Erfan? Saya yang masih terkejut beruk ni pun dah gembira dapat hadiah besar macam ni daripada awak.”balas Sazzy panjang lebar.
   “Haha. Manalah tahu awak tak suka hadiah tu. Hehe.sorry eh. Janganlah marah. Saya gurau je,”kata Erfan.
  “Mana ada marah. Geram je,”lawak Sazzy sebelum mereka berdua ketawa  bersama-sama
     Indahnya saat itu sukar untuk Sazzy lupakan. Selama 10 bulan berkenalan dengan Erfan, hari-hari yang dia lalui semakin bahagia dan berbunga-bunga. Pastinya hari-hari selepas ini tidak akan secerah hari-hari sebelumnya.

   “Sazzy, bila Sazzy mula kerja?”tanya Puan Maria ketika Sazzy sedang menuruni tangga ke ruang tamu.
   “Esok mama,”jawab Sazzy. Sazzy akan memulakan kerja sebagai pelayan restoran makanan segera di 
KFC yang terletak di KLCC.


p/s: Aku belum pikir lagi tajuk utk novel merapu-rapu nii .

OLDER POST | NEWER POST