> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah ! bab 4~
Monday, 18 July 2011 | 00:33 | 0 chocolate
“Selamat datang. Encik nak order apa?”tanya Sazzy. Hari ini merupakan hari keempat dia bekerja di situ.
   “Bagi saya set snack plate 3, fries yang large punya 2, coleslaw 1.
   “Coleslaw nak yang small, medium ataupun yang large?”tanya Sazzy sambil tangannya lincah menekan-nekan alat di depannya tanpa memandang pelanggannya.
   “Ermm, bagi saya yang… eh! Sazzy kan?”
   “Hah? Ehh! Awak ke? Errr. Buat apa kat sini.” Sazzy cuba menutup rasa gemuruh yang kian memuncak dalam diri.
  “Takkan main bola kut. Makanlah”
 “Errr, awak nak yang mana tadi?”tanya Sazzy pura-pura sibuk dengan tugasnya. Hisyy, sibuklah sangat!
“Bagi yang large punya,”jawab Erfan.
  “Apasal banyak-banyak ni? Awak datang dengan siapa?”tanya Sazzy ingin tahu.
  “Dengan siapa lagi, dengan diorang tulah. Tu hah,”jawab Erfan sambil jarinya menunjuk ke arah Ariel dan Akim.
  “Dua orang je? Mana lagi sorang?”tanya Sazzy merujuk kepada Hafiz.
   “Hafiz ada dengan…”belum sempat Erfan menjawab pertanyaan Sazzy tiba-tiba Sazzy memotong.
   “Hah, lupa pulak pesanan awak ni,”potong Sazzy.
 “Ohh. Terima kasih. Eh, shif awak habis pukul berapa? Jom la join kitaorang,”ajak Erfan.
  “Ermm, kejap lagi habislah. Okeylah, insyaAllah nanti saya join korang,”jawab Sazzy.






   “Hey, makan besar nampak?”tegur Sazzy sejurus tiba di meja makan itu.
  “Eh, Sazzy! Kau kerja dekat sini ke?”tanya Ariel sedikit terkejut.
“Ha’ah. Baru je ni.”
  “Ohh, kiranya Erfan dah jumpa dengan kaulah ya? Patutlah dia asyik tersengih-sengih aje dari tadi. Hantu kau Erfan!”kata Akim.
  “Haha. Buat apa aku nak bagi tahu korang?  Sazzy, awak balik dengan apa ni?”tanya Erfan prihatin.
 “Dengan motorlah. Saya tak ada lesen kereta lagi. Eh, lupa pulak nak tanya, mana budak nakal tu?”tanya Sazzy.
 “Budak nakal? Siapa pulak?”balas Ariel hairan.
  “Siapa lagi, member kita seorang tulah. Hafiz,”jawapan Erfan merungkaikan persoalan yang bermain di kepala Ariel.
  “Ohh, Hafiz. Dia tengah dating dengan Iii…Woii, apa korang ni,”marah Akim apabila Erfan dan Ariel menutup mulutnya.
  “Dia tengah dating dengan siapa ni?”tanya Sazzy penuh curiga.
   “Takde siapa. Akim nak cakap yang Hafiz tengah dating dengan ibu dia. Apalah kau ni Akim. Yang tu pun nak bagitahu ke?”marah Erfan.
   “Baik korang terus terang dengan aku. Dia dating dengan siapa?”tanya Sazzy keras. Matanya tajam memerhati wajah seorang demi seorang untuk meminta jawapan.
   “Hurmm, tak sanggup aku nak tipu minah ni.Ermm, dia dating dengan member baik kau, Ixara,”terang Ariel merungkaikan persoalan di benak Sazzy.
  “Korang! Biar betul? Tak percayalah aku. Yoyo’o je,”kata Sazzy tidak percaya.
   “Ek’eleh minah ni. Dah kita bagi tau benda betul, dia tak percaya pulak. Kalau kau nak tahu, Ixara dengan Hafiz dah couple sejak hari last exam SPM. Hafiz yang propose dia. Yang si Ixara tu pulak nak. Apa lagi, couplelah diorang tu. Melepas aku,”terang Akim panjang lebar.
“Apasal Ixara tak bagi tahu aku apa-apa pun?”tanya Sazzy tidak puas hati.
   “Tu sebab Hafiz dah buat perjanjian dengan Ixara. Diorang kena rahsiakan perhubungan diorang dari sesiapa pun. Tapi kitaorang ni hebat. Kitaorang dapat bau hubungan diorang,”jelas Erfan pula.
“Ohh,”itu saja yang keluar dari mulut Sazzy.
   “Errr, Sazzy. Saya lupa nak mintak nombor telefon awak masa hari last exam tu. Mintak nombor boleh?”minta Erfan malu-malu.
“Alaa abang, abang tak nak mintak nombor kita ke? Mintaklah, mintaklah,”usik Ariel nakal.
“Hishh korang ni. Aku mintak nombor Sazzy, bukan nombor korang!”
   “Kejap eh,”lantas Sazzy menyelongkar beg galasnya. Dicapainya sebatang pen dan sehelai kertas lantas mencatat sesuatu di atas kertas putih itu. “Nah.”
“Thanks,”lantas Erfan mencapai kertas yang dihulur oleh Sazzy.
“Dekat aku takde ke Sazzy? Hehe,”tanya Ariel.
  “Ada. Tapi kena bayarlah. Nombor telefon aku mahal tau. Bukan calang-calang orang yang boleh dapat nombor telefon aku ni,”lawak Sazzy.
“Habis tu, si Erfan boleh pulak,”perangkap Akim.
“Errr, tu sebab…”Sazzy kehilangan kata-kata.
  “Tu sebab aku ni special dalam hidup dia. Bukan macam korang. Betul tak Sazzy?”sambung Erfan membuatkan pipi putih Sazzy menjadi memerah.
 “Errr,korang nak duduk sampai bila? Aku tengok ayam korang semua ni tinggal tulang je,”Sazzy seperti biasa, mengubah topik sekiranya hal berkaitan hati dan perasaan dikaitkan dengannya.
   “Ha’ah la. Kesian pulak aku tengok Akim ni. Sampai hancur tulang-tulang ayam tu. Hehe,”seloroh Ariel.
   “Sazzy, lepas ni awak free tak? Jom kita jalan-jalan dekat KLCC ni dulu. Nanti saya teman awak balik,”pelawa Erfan.
   “Okey je. Tapi saya kena balik awal la. Sebelum pukul 10 malam mesti dah ada dekat rumah,”balas Sazzy sambil matanya melirik jam tangan berjenama Guessnya.
“Okeylah. Sekarang baru pukul 8.30. sempat la round-round. Jom,”ajak Erfan.
“Woiii,woiii. Habis tu kau nak tinggal aku dengan monyet nilah? Aku nak ikut,”kata Akim.
   “Cantik bahasa kau Kim? Erfan, aku pun nak ikut. Takkan kau nak tinggal aku dengan cipanzi ni hah?”balas Ariel pula.
    “Okey apa. Sekor monyet, sekor lagi cipanzi. Memang dah masuk sangatlah tu.Dahlah, korang dating la duaorang. Aku nak cepat ni. Sazzy nak kena balik awal. Bye. Selamat berdating. Hehe,”lawak Erfan.



“Dah lama saya tak jumpa awak. Adalah dekat sebulan,”Erfan memulakan percakapannya.
“Ha’ah kan. Err, awak sihat ke?”
  “Amboii, punya lama kita duduk dekat KFC tadi, baru sekarang awak nak tanya khabar saya? Elok saya sihat sekarang ni, tup tup, boleh sakit jantung kalau macam ni. Hehe,”seloroh Erfan.
   “Yelah. Seganlah saya nak cakap dengan awak bila diorang tu ada. Mesti diorang perli punya,”balas Sazzy. Mereka ketika itu berada di Starbuck Coffe.
“Haha. Ermm, kosong ke dah berisi?”Erfan cuba memasang umpannya.
“Hah? Kosong? Berisi? Apa ni Erfan. Tak faham langsunglah!”
“Single ke dah berpunya,”Erfan akhirnya merungkaikan persoalan di benak Sazzy.
Of course la single Cik Erfan. Siapa la nak dekat saya ni?”jawab Sazzy lurus.
   “Ehh, siapa cakap? Kalau saya kata saya nak, macam mana?”Sazzy yang ketika itu sedang menghirup kopi hampir-hampir sahaja tersedak. Terkejut bukan kepalang.
“E’eh. Awak okey ke ni?”tanya Erfan kalut.
“Err, okey tu okey. Tapi… apa yang awak cakap tadi?”
“Alaaa, senang cerita, jom couple?”
    ‘Huh, straight gila mamat ni. Errr, apa aku nak jawab ni. Kalau cakap nak, nampak sangat macam aku ni desperate,’bisik hati kecil Sazzy.
   “Errr, Sazzy. Awak okey ke? Terkejut erk? Alaa, biasalah tu.  Saya pun pernah kena propose dulu dengan perempuan gila mana entah. Tapi saya steady je. Hehe,”
‘Gila apa mamat ni? Aku punya la gelabah tahap gaban, dia boleh buat lawak lagi.’marah Sazzy.
“Takpelah. Dah orang tu tak sudi. Takkan kita nak terhegeh-hegeh pulakkan,”umpan Erfan.
“Eh eh. Kejap. Siapa yang kata taknak?”balas Sazzy malu-malu kucing gitu.
“Kira dah onlah ni? Yeahh, jom Sazzy,”
    “Eh,eh. Nak pergi mana? Dah malam ni?”satu demi satu kejutan yang menimpa Sazzy malam ini..
“Pergi cari baju pengantinlah. Hehe,”gurau Erfan.
“Banyaklah awak. Dahlah, karang papa saya kunci pintu, saya nak tidur dekat mana?”
“Alaa, rumah saya sentiasa free,”seloroh Erfan lagi.
“Erfann!”










   “Amboi akak. Semenjak dua menjak ni, Danny tengok akak ni macam lain je. Tersengih sana, tersengih sini. Macam orang gila. Crazy!”tegur Danny sejurus dia duduk di kerusi kayu yang terletak di halaman rumah.
“Eleh. Biarlah. Kerja sekolah kau dah siap belum?”tanya Sazzy.
   “Hello, ni Danny la. Semalam lagi Danny dah setelkan semua kerja yang melambak tu. Akak aje yang tak perasaan. Mana taknye, kerja akak asyik sengih aje lepas balik kerja. Nak kata gaji dah masuk, mustahil. Akak baru je kerja dua minggu lepas. Baik akak story dengan Danny,”rayu Danny.
“Tak payah nak ngengada. Sibuk aje,”marah Sazzy.
“Alaa, akak ni tak sporting la,”kata Danny.
   “Banyak la kau punya tak sporting ye? Kalau aku cerita dekat kau pun, aku dapat apa? Dahlah, baik aku tolong mama masak. Lagi berfaedah dari layan kau,”kata Sazzy sebelum berlalu ke dapur.
   “Betul betul. Baik akak pergi tolong mama dekat dapur daripada tersengih sengih macam orang gila dekat sini,”selepas menghabiskan ayatnya, Danny terus berlari nak ke tingkat atas. Bimbang sekiranya dia diserang oleh Sazzy yang terkenal dengan cubitan ketam yang berbisa.


OLDER POST | NEWER POST