> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah bab 5~
Wednesday, 27 July 2011 | 06:11 | 0 chocolate


  “Woiii, bangunlah. Pemalas betul kau ni. Cepatlah, kelas dah nak start, kau tak bangun-bangun lagi. Eiiii!”suara nyaring Danea memecah kesunyian di pagi itu. Bergegar bilik kecil itu dengan suara Danea.
   “Hey, hey! Awat hang bising-bising ni Danea?”tanya Arisha. Seorang gadis manis dari Pulau Pinang.
   “Otak kau tak bising. Kau tengoklah Saz ni ha. Aku dah tak larat nak gerak dia dah,”rungut Danea sebal. Manakan tidak, sudah beberapa kali dikejutnya gadis kecil molek itu, tetapi keadaan Sazzy tetap seperti itu. Tidur siput!
  “Ohh. Aku tau nak buat lagu mana. Hang ada jerang ayaq panas dak?”
“Ada. Kau nak buat apa?”tanya Danea lurus.
“Hehehe. Tanduk setan aku mai dah,”gelak Arisha jahat.
   “Nah, air panas. Terbaik dari ladang,”Danea menyerahkan air panas yang masih berkepul-kepul wapnya. Jahat sungguh!
   “Woii, woiii. Apa korang ni? Nak bunuh aku ke?”jerit Sazzy ketika Danea dan Arisha menyimbah sedikit air panas itu ke tangannya. “Woii mak datin, ni ja alternatif yang kami boleh guna untuk gerak hang. Kalau dak, tak bangunlah hang. Ni, baik hang bersiap cepat. Toksah dok bagi alasan merapu-rapu lagi dah. Pi mandi!” keras Arisha memberi arahan. Tidak dapat tidak, Sazzy terpaksa melangkah malas ke bilik air yang teletak beberapa kaki dari bilik mereka.

   “Haha. Gila betul. Macam manalah Prof Hassan tu boleh sakit perut? Berkerut-kerut muka dia aku tengok tadi,”gelak Sazzy suka.
   “Haha. Tulah pasai. Muka tak boleh blah betul. Tapi aku rasa aku tau sapa yang buat kerja cemerlang ni,”ayat terakhir dari Arisha mengundang pertanyaan yang sama dari Danea dan Sazzy. “Siapa weh?”
   “Irham dengan geng dia sebab tadi kan prof suruh depa beli ayaq milo. Aku rasa depa pi boh racun ka, apa ka. Lagipun aku dok dengaq dekat tandas tadi.Ada budak perempuan fakulti kita dok cakap pasai benda ni. Betoi la kut. Hehe,”
    “Huh. Nakal gila diorang tu. Aku pernah dengar, geng diorang tu pernah letak paku atas kerusi lecterur.Tak silap aku bulan lepaslah,”Danea tidak ketinggalan berkongsi cerita.
   “Huh. Diorang tu tak pernah kena tangkap ke?”tanya Sazzy menyampah. Ini kerana Irham selalu mengacau dan menggangunya. Dalam erti kata lain, mengurat.
“Tak. Diorang pandai cover,”

   “Weh, korang tak nak turun padang ke kejap lagi?”Danea yang baru pulang dari kafe  menyapa teman sebiliknya.
“Tak nak. Takde mood!”jawab Sazzy malas.
   “Eleh. Macamlah aku tak tau. Hang tak nak pi sebab takut jumpa Irham the crocodile land tu kan?”serkap Arisha.
“Huh. Memang. Memang aku tak nak pergi sebab dia. Merimaskan!”
    “Aku tengok dia tu hensem, walaupun nakal, aku rasa dalam hati ada taman. Apsal kau tak terima aje?”tanya Danea sebal.
“Hello. Im not single okey!”balas Sazzy geram.
   “Yes. I know you’re not single. But your action is enough to show you are single dear. Jantan tu aku tengok dia tak pernah pun call kau. Macam tu kau kata cinta? Love? Come on. Lelaki camtu kita tak boleh bagi muka. Nanti diorang pijak muka kita Saz,”kata Danea persis seperti seorang Doktor Cinta.
   “Dia tak call aku sebab dia ada kat UK. Jauh…”lirih sahaja suara Sazzy. Ada benarnya kata-kata Danea. Semenjak Erfan meneruskan pembelajarannya di UK, Sazzy ditinggalkan seperti ‘patung bernyawa’.
“Hang dok sayang kat dia lagi ka?”tanya Arisha simpati.
“Sayang…”
“Kalau dia pulak, macam mana?”
    “Hmmm…”kala itu mata Sazzy sudah bergenang dengan air mata. Berat sekali dugaan ini. Apakah benar kata Danea yang Erfan Mukhriz, jejaka yang hadir dalam hidupnya setahun lalu kini melupakannya begitu sahaja selepas semua cinta dan kasih sayang dicurahkan kepada lelaki itu?
   “Errr, weh. Hangpa tak nak pi padang ka? Aku nak pi lah.  Dah lama aku tak exercise. Lemak dok buat ramai dalam badan aku ni. Jom Saz, Danea,”ajak Arisha. Sebolehnya dia mahu menukar topik asal apabila wajah teman baiknya, Sazzy sudah keruh.
  “Aku memang nak pi pun. Kau Saz? Jomlah. Kau buat tak layan sudahlah dekat mamat tu,”pujuk Danea.
“Hmm, okey. Kejap eh. Aku nak mandi dulu. Dah bau tengik ni,”

   “Hai Sazzy. Pelik. Apsal tiba-tiba je kau turun padang hari ni? Selalunya aku tak pernah nampak muka kau kat padang pun. Asal? Rindu aku eh?”gatal Irham berkata.
“Huh. Buang karan je aku nak rindu kat kau. Gila eh?”
“Kau jangan Saz. Kalau suatu hari nanti kau jatuh cinta dekat aku, macam mana?”
   “Kau memang dah gila,”geram Sazzy. ‘Alaaa, mana pulak diorang pergi ni? Masa ni jugak diorang nak tinggal aku. Dah tu ada mamat sengal  ni lagi. Herhh,’rungut Sazzy.
“Malam ni kau free tak Saz? Kita jalan-jalan kat uptown nak?”
“Tak nak. Tak hingin!”
“Hey, apasal ni Saz? Dia buat apa dekat kau”?pelik Danea apabila melihat Sazzy boleh bersembang dengan musuh sendiri, iaitu Irham Darwisy.
‘Huh. Penyelamat aku dah sampai. Yess!’detik hati Sazzy gembira.
   “Apa? Aku? Aku mana buat apa-apa dekat dia. Yang korang datang awal sangat pehal? Aku baru nak ngorat member korang ni. Kacau jelah!”balas Irham sebelum berlalu dari situ.
“Weh, Am kata apa kat kau?”tanya Danea ingin tahu.
  “Kau tau. Dia boleh ajak aku jalan-jalan dekat uptown malam ni? Gila tak gila mamat tu? Nak mampus?”bersungguh Sazzy bercerita.
“Hahaha. Kalau aku jadi hang la, aku dah accept dah tawaran special daripada dia tu,”kata Arisha gatal.
“Huh? Gila kau? Nak suruh aku mampus dengan kakak senior tu? Girl si Am tu?”
    “Kau ni lambat macam sibut tutt la.Kau ni hidup zaman bila hah Saz? Diorang dah lama break la. Kak Ryn yang mintak sebab dia tengok Am tu gatal dengan bebudak junior macam kita ni. Biasalah, dia kan ‘crocodile land’ kolej kita,”kata Danea merujuk kepada gelaran yang disandang oleh Irham iaitu ‘crocodile land’ atau melayunya, buaya darat.
“Oh. Ye ke? Patutlah gatal semacam je aku tengok sampai berani ajak aku keluar,”fikir Sazzy.
“Oh. Kiranya hang nak pi keluaq dengan dia la malam ni?”
      “Woiii. Gila kau. Karang dia bawak aku pergi hotel mana-mana, tak ke mampus aku?”jerit Sazzy agak kuat sehingga menarik perhatian beberapa pelajar di sekitar kawasan padang itu.
    “Hey Saz. Kau tengok aje dia macam tu. Nakal dan jahat. Tapi dia tak sampai tahap macam tu. Dia baik sebenarnya. Kau jangan fikir bukan-bukanlah pasal dia,”pujuk Danea.
  “Eh Danea, hang ni aku tengok macam tau banyak ja pasai si Am tu? Awat naa?”tanya Arisha hairan apabila rakannya itu tahu banyak perkara berkenaan Irham Darwisy.
   “Aku kan rapat dengan kakak-kakak senior bilik sebelah kita tu. Diorang tu kan ‘gosip  girl’. Semua benda diorang tahu. Kau tanya apa ja, mesti diorang boleh bagi tau kau dengan sangat terperinci,”terang Danea panjang berjela.
  “Eleh. Macamlah boleh percaya sangat dengan diorang tu? Tak percayalah aku. Muka macam ‘getah spender’ tu kau kata baik? Huh! Tak layan,”entah mengapa, Sazzy sebolehnya mahu mencari kesalahan Irham.
   “Cepat semua. Berkumpul ikut kumpulan masing-masing sekarang. Jangan nak terhegeh-hegeh lagi. Yang dekat sana tu. Apasal bersembang lagi hah? Nak tekan tubi dua puluh kali? Hah.    Yang perempuan-perempuan dekat belakang tu, apasal terkedek-kedek lagi hah? Ni bukan fashion show nak jalan catwalk macam tu!”suara lantang Arief, presiden kelab sukan sudah kedengaran nyaring. Habis kesemua pelajar junior ditengkingya.
‘Huh! Gila kuasa betul la mamat ni. Mentang-mentanglah dia senior,’detik hati Sazzy.
“Weh korang, tunggulah aku. Aku dah semput ni,”laung Sazzy ketika dia mendapati teman-temannya sudah jauh ke depan. ‘Ala, diorang tak dengar pulak. Eiii,’
“Woiii, kena tinggal eh Saz?”ejek Irham.
   “So what? Ada masalah dengan kau ke? Takde kan,”suara Sazzy kedengaran turun naik akibat terlalu penat. ‘Nilah akibat selalu tak turun padang. Stamina pun jadi turun sama,’sempat lagi Sazzy merungut ketika itu.
“Penat sangat ke? Nak aku dukung?”
“Hey, kau jangan nak buat gila okey. Huh,”akibat terlalu penat, Sazzy tiba-tiba terduduk.
   “Eh eh. Kau okey ke Saz? Macam teruk je. Jomlah aku hantar dekat bilik rehat,”kata Irham    begitu prihatin.
   “Errr, takpe. Aku okey. Tak payah risau la,”pertama kali dalam sejarah, Sazzy bercakap menggunakan intonasi yang lembut dengan Irham.
  “Takpe. Aku teman kau dekat sini. Aku pun penat jugak. Nanti kalau diorang tanya pandai-pandailah aku bagi alasan eh?”
“Errr, okey je,” ‘Baik jugak mamat ni,’Sazzy menilai sendiri dalam hati.
“Saz, kalau aku tanya ni, kau jangan marah eh.”
“Apa?”
   “Kau ni dah berpunya ke? Sebab aku dengar budak-budak fakulti aku cakap kau reject diorang semua. Betul eh?”tanya Irham hati-hati.
‘Aduhh! Soalan cepumas ni jugak dia nak tanya. Aku nak jawab apa ni?’
“Errr, yes. Im not single…”lirih sahaja Sazzy berkata.
    “Weh, apsal dengan kau? Sorrylah kalau pertanyaan aku tu buat kau sedih,”tergamam Irham melihat perubahan drastik pada wajah licin Sazzy.
“Errr, takde apa-apa. Dahlah Am. Aku dah okey. Jomlah sambung lari. Mesti diorang dah tunggu,”dalih Sazzy.
“Okey. Jom.”


     “Hah. Korang dua orang apasal lambat hah?”nyaring suara Arief, pelajar tahun tiga fakulti peraukanan. Seorang yang sangat tegas. Prinsip hidupnya senang sahaja. ‘Tiada kompromi’.
“Errr, nak jawab apa ni Am?”tanya Sazzy gugup.
“Takpe. Biar aku setel.”
“Tadi tu Sazzy dia pengsan. So, aku teman dia kejap,”jawab Irham selamba.
“Apasal tak bawak dia ke bilik rehat ataupun panggil sesiapa?”tanya Arief tidak puas hati.
  “Tu sebab kitaorang dah jauh. Lagipun Sazzy tak teruk sangat. Kitaorang lambat sekejap je,”balas Irham geram dengan perangai Arief, seniornya yang sangat gila kuasa itu.
   “Takpe. Kali ni aku lepaskan korang. Kalau korang buat lagi, aku hantar korang terus dekat dekan,”ugut Arief.
‘Gila apa mamat ni. Salah besar kuman pun nak hantar dekat dekan ke? Huh!’

   “Woii Saz. Kau mimpi apa weh? Rapat dua macam je aku tengok kau dengan Am tadi. Dulu, bukan main kutuk. Apahal pulak jadi macam ni?”terkejut beruk Danea apabila melihat Sazzy dengan Irham berlari bersama-sama ketika aktiviti bersenam tadi.
   “Tulah. Aku tadi sampai nak terkeluaq bijik mata tengok hangpa dua orang. Macam mesra ja,”Arisha tidak ketinggalan memberi pendapat.
  “Heloo. Takde masa aku nak bermesra dengan dia. Korang tak tau apa jadi tadi. Aku letih sangat. Tiba-tiba aku rebah. Tak pengsan la. Am saja je buat alasan bagi nampak teruk sikit,”jelas Sazzy sepenuh hati walaupun tanpa ditanya.
“Macam mana dia boleh ada dengan kau?”
   “Korang punya pasallah! Tinggal aku sorang-sorang. Dia pulak datang dari belakang. Aku nak lari macam mana lagi hah? Kalau camtu lain kali buat la lagi. Aku memang suka korang tinggal aku macam orang gila tengah padang camtu!”balas Sazzy geram.
  “Haha. Sorrylah weh. Kami tak perasan hang takdak. Bila kami dah jauh, baru kami perasan hang tak wujud dekat situ. Hehe,”terang Arisha dengan loghat utara yang pekat.




OLDER POST | NEWER POST