> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Awas ! : Penyakit M !
Friday, 19 August 2011 | 06:40 | 2 chocolate
Assalamualaikum. Baru ja bukak puasa, lpas tu boring taktao nak buat apa. Terpikiaq nak buat post baru. Lagipun esokkan cuti... No hal. heh heh heh ...

Walaupun aku ada byk lagi novel nak baca , (ada lagi 3, try nak habeskan minggu depan), tapi takdak mood pulak nak baca. Ni semua gara-gara PENYAKIT M !.  Hah! tengok, aku siap highlightkan lagi, means tu lah topik yg kita nak bincangkan pada hari ini...


Penyakit M atau lebih dikenali sebagai penyakit malas, penyegan, lazy dan apa-apa saja yg berkaitan dgannya tapi biarlah kedengaran agak relevan. Tapi dah nama pun penyakit M, tentulah penyakit malas. Malas apa tu takyah la nak bagitau. Sebab malas ni mcm2 jenis. Yang dok ada kat aku ni pun berkilo-kilo jenis. Tu tak lagi hgpa. heh heh.


Sebenarnya, penyakit malas ni dah bermaustautin dalam badan aku ni dah lama. Kira mcm dah sebati dalam diri aku. Bahasa dalam kamus, kami mcm dah serasi. Yeahhh, dan kalau nak buang balek penyakit ni, opsss, bukan buang, kalau nak merawat balek penyakit ni, nauzubillah punya susah. Susah tahap dewa la org kata. Sbab dah terbiasa. Kannnnnn....

Benda-benda malas yg menjadi hobi aku (tapi tak rasmi)


T. Malas buat kerja sekolah. 
   -benda ni boleh kata macam hobi yang paling feberet ! Dalam setahun, agk2 10 kali ja kot aku buat keja sekolah di rumah. Serius, aku kalau dok rumah, mmg dah tak boleh disiplinkan diri (aicece). Kalau kat rumah, mesti penyakit tu akan dtg mendadak. Mungkin penyakit tu mula berjangkit dgn aku di rumah kut? Entah, tepuk dahi tanya otak (bak kata mmbe aku)

T. Malas kemas rumah.
     -benda ni hgpa kena tanya mak bapak aku. aku rasa , kalau hgpa tanya aku kat rumah rajen atau tidak, mesti mak bapak aku hanya menggelengkan kepala sambil buat muka sedih mcm dalam rancangan Bersamamu tu. Perghhh, sadissss. Kalau keja sekola 10 kali setahun, kemas rumah pulak? Entah, mungkin 5 setengah kali setahun. Yang tu pun mak aku kena pergi kelas vokal, nak jerit suruh aku kemas rumah. Tu baru kemas rumah. Bilik? Wallahualam! Mentang-mentanglah bilik tu hak milik kekal Nur amirah bt Sahrulnizam sorang ja, sesuka hati ja kann. Nanti kita buat segmen TERJAH. Terjah bilik aku, sure melopong tak hingat. haha, aku pun dah konpius, mana satu bilik mana satu kandang kambing.


T. Cuci kasut.
    -Yang ni benda yang palinggggg aku liat dan ni jugaklah benda yg selalu mak aku suruh buat. Tapi aku buat muka toya ja. dalam hati 'Eleh, kasut aku, biar aaa, kotor pun bukan kasut org laen, bukan org nak tgok. Pandai2 laa nanti dan kaver dgn kain sekolah'. Cett. heh. Betull, aku tak suka cuci kasut. Tau tak, dulu, aku pakat ja letak  kasut dalam mesin basuh. haha, cuba gelak sikitt. Teruk betul. Sbab tu kasut aku cepat rosak. Dah pi humban menatang tu dalam mesin basuh, haha. sapa ajaq tatao...


T. Seterika baju.
     -Yang ni benda paling bebai. Dah laa bebai, kena buat selalu pulak tuu. Nak suruh mak aku buat? Heh! tunggu sampai sugar glider bertanduk laa mcm tu. 'Baju hg, hg iron la sendiri'. Yeahh, pedas tu mama...
Ingat aku apa? Iron man aaa nak gosok baju sgala? kahkahkah. Sumpah tak lawak. Benda ni aku takkkk sukaa buat tambah2 lagi masa pagi2. Aku suka iron baju masa pagi. Bukan suka, well. Bila malam ja, mak aku bising suruh iron baju. Tapi aku dengan konpiden tahap 18 cakap yg aku nak buat esok. Esok jaaa,  bunyi loceng pukui 5, aku delay(bagi lambat). Last-last bangun sendiri. Pastu buat muka terkejut tahap beruk sbb dah lmbat. Last2 tak pi sekolah. (Rutin tu kawan-kawan!)



T. Malas cas henponn.
     -Haha. Macam bagang pun ada. Ada ka henpon sendiri pun maleh nak cas. Haha, betul, bila tengok ja bateri dah nak kong, aku ty buat dono. Ha la, org takdak boy en. Bukan mcm hgpa. Selalu tengok henpon. Stiap minit tengok fon. Aku guna fon just nak dengaq lagu dan msej dgn kwn2 skolah (perempuan yee). Jadi aku tak kisah kalau bateri low. Bukan mcm hgpa, bateri ada lagi dlm 70% dah menggelabah tak tentu pasai cari chager. Kalau aku laa kan, dua tiga hari lepas tu baru charge. Nak buat mcm mana? Penyakit M punya pasaiii...


T. Malas top up.
  -Benda ni pun kedengaran agak tak logik. Dan benda ni jugak ada bau-bau bacang dengan statement dekat atas tadi. Aku malas charge henpon sebab jarang guna fon. Guna fon buat dengaq lagu jaa. Dengaq lagu kan mana kena duit. Rite? Maka? Maka, aku tak perlulah topup selalu kerana perkara itu akan menyebabkan duit aku makin kering. Kalau aku topup pun, nak mesej dgn sapa? Ye laaa, saye takde Mr Sayang mcm kalian sume. Harap Maklum. T.T

Mesti hgpa tertanya. (sbenarnya aku). "Pompuan ni malas gilahh.. Tapi memasakk?" ayat tergantung ye puan-puan.

MEMASAK! yeahh, aku suka memasak. Walaupun aku ni ratu segala kemalasan, tapi kalau buat kerja mcm Chef Wan ni, huh, mak sukeeee. Kenapa aku suka? Sebab benda ni jarang mak aku suruh. Maka, benda yang jarang tu laaa yang aku suka. PERHATIAN. Aku suka memasak tak bererti aku RETI memasak. Setakat ni lah kann, paling hebat pun aku reti gorang nasik jaa. Kalau aku compare dengan mmbe2 aku, gigit kuku kaki ja... haha. Kata org, slow-slow. Tak salah bukann?

Jadi, penyakit malas sering menghantui diri kita. Dan sampai sekarang tiada lagi ubat untuk memulihkan penyakit ini. Jadi, marilah kita bersama-sama menepis penyakit ini untuk kepentingan bersama. Yeahh, Malaysia bolah, Harimah Malaya boleh, Amiraa boleh. Yeahh! heh...heh...heh.


OLDER POST | NEWER POST