> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah ! bab 7 ~
Tuesday, 16 August 2011 | 21:02 | 1 chocolate

    Cuaca pada petang itu sungguh panas. Ini menyebabkan ramai diantara pelajar di UiTM lebih memilih untuk berada dalam bilik sendiri. Lebih selesa. Sazzy, Danea dan Arisha tidak ketinggalan untuk bermalas-malasan di atas katil pada petang itu. Peristiwa minggu lepas masih berbekas di hati Sazzy. Patutlah Erfan sudah tidak menghubunginya. Sudah ada teman bermesra di sana. Tidak dinafikan, Sazzy memerlukan masa selama 3 hari untuk memulihkan kembali semangatnya yang diragut oleh kecurangan Erfan. Sekarang dia hanya perlu menyelesaikan masalah dengan Erfan. Tetapi bagaimana? Sudahlah Erfan tidak online semasa Sazzy sedang online. Tambahan pula, Sazzy tidak tahu nombor telefon Erfan di sana. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan Sazzy.
   Sedang tiga sekawan itu berborak sambil berbaring di bilik mereka pada petang yang terik itu, telefon bimbit Sazzy berbunyi nyaring. Tanpa melengahkan waktu, Sazzy mengangkat panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya itu.
“Assalamualaikum. Siapa ni?”tanya Sazzy kepada pemanggil di hujung talian.
“Hey, ni saya la Erfan. Saya sekarang dah ada dekat Malaysia,”jawab pemanggil itu.
   Ketika itu Sazzy rasa seperti mahu menangis. Mendengar suara jejaka yang dirindui dan dalam pada masa yang sama, dibencinya. Perubahan yang ketara pada suara Erfan kini. Suaranya sudah tidak semesra dulu.
    “Oh. Pukul berapa sampai Malaysia? Sekarang dekat mana?”tanya Sazzy sekadar berbasa-basi dan sungguh tidak berminat. Dia sudah tawar hati dengan lelaki itu.
   “Awak okey ke?”tanya Erfan pelik apabila mendapati suara Sazzy seperti tidak teruja dan acuh tak acuh sahaja terhadapnya.
   “Saya okey,”
“Kita jumpa dekat KLCC petang ni boleh? Saya tunggu awak dekat secret recipe. Dah lama tak jumpa awak,”
‘Blah la lu. Dah lama tak jumpa konon. Lagi lama tak jumpa, lagi baguslah bodoh! Huh!’
   “Errr, okey. Sorrylah Erfan. Saya busy sekarang ni. Petang nanti kita jumpa. Bye. Assalamualaikum,”tanpa menunggu balasan salam dari Erfan, dia terus menekan butang merah. Makin lama mendengar suara Erfan, makin hatinya bertambah sakit dan bengkak.
“Jangan cakap dekat aku Erfan yang call kau tadi,”celah Danea.
“Memang dia pun,”balas Sazzy cukup malas.
   “Jantan tu nak apa hah? Nak buat hang sakit hati lagi?”seperti biasa, Arisha cukup pantang apabila mendengar kaum wanita dikhianati.
  “Tak tau kat dia. Petang nanti dia ajak aku pergi KLCC. Kononnya nak jumpa aku la sebab dah lama tak jumpa,”cerita Sazzy sebal.
“Kau nak pergi ke?”
      Of course aku nak pergi. Aku nak setelkan masalah aku dengan dia secepatnya kalau boleh. Aku dah bertekad yang aku nak break dengan dia,”nampaknya, Sazzy sudah membuat keputusan yang bulat.
“Yes, Kami setuju!”laung Danea dan Arisha hampir serentak.

“Nak pergi mana lawa-lawa ni Saz?”tanya si pengacau. Siapa lagi kalau bukan Irham.
“Pergi KLCC. Jumpa kawan,”jawab Sazzy acuh tak acuh.
“KLCC? Sorang-sorang je? Bahaya la Saz. Aku teman eh?”
“Tak payah la.  Bukan jauh mana  pun.”
“Aku teman.”
“Tak yah!”
“Jangan degillah!”
“Takpe. Aku boleh pergi sorang-sorang.”
“Pergi dengan aku!”
   “Tak nak tak nak tak nak!”
“Jangan degil Saz!”
      “Erhhh. Suka hati kaulah!”akhirnya, Sazzy mengalah. Malas mahu cari pasal dengan seniornya yang seorang itu.


    “Kawan kau tunggu dekat mana Saz?”tanya Irham sebaik mereka sampai di pintu utama KLCC.
    “Dia tunggu dekat secret recipe. Am, kau jejalanlah mana-mana dulu. Nanti bila dah selesai aku call kau.”
    “Call aku? Kau ada ke nombor aku? Aku pun takde nombor kau?”tanya Irham hairan.
     “Ohh. Lupa pulak aku takde nombor kau. Bak la nombor kau.”
    “0123456789.”
     “Okey. Nanti aku call kau erk. Bye.”

  ‘Huh. Macam mana nak berdepan dengan mamat tu nanti? Takut gila. Tak tipu punya. Oh my god,’Sazzy semakin gementar apabila kakinya makin hampir ke tempat yang ingin dituju. ‘Dah sampai pun. Mana dia? Hoh, tu macam dia je. Betullah dia. Aku nak buat apa. Takkan nak pergi kut? Mestilah. Haishhh!’sebetulnya, Sazzy sudah bingung. Teringatkan hajat utama dia datang ke sini, dia terpaksa melupakan perasaan gentar dan benci itu.
“Errr, Erfan?”
   “Sazzy! Awak ke? Lainnya awak.”kata Erfan kagum melihat wajah Sazzy yang semakin berseri-seri.
“Eh. Takdelah. Mana ada.”dalih Sazzy.
“Awak nampak lain. Macam tak suka je saya balik?”
    “Okeylah. Saya malas nak cakap banyak. Tujuan saya datang sini pun bukan sebab excited awak balik ke apa. Terus-terang saya cakap, saya langsung tak kisah awak nak balik ke tak. Kalau awak tak balik pun lagi bagus kut saya rasa. Straight to the point, saya nak break dengan awak. Sekarang! Now!”luah Sazzy semahu-mahunya. Kolam matanya sudah bertakung. Cuma tunggu masa mahu pecah sahaja.
“Sazzy…”Erfan sudah tidak terkata. Terkejut barangkali. “Apasal tetibe? Saya buat apa?”
    “Kau boleh tanya lagi kau buat apa. Hey, kau ingat aku tak tau ke. Gambar-gambar dekat facebook kau tu dah cukup jadi bahan bukti. Bukan main lagi kau dengan Linda. Kau ingat aku ni perempuan jenis apa hah? Patung? Aku punyalah setia dekat kau sampai ramai yang propose aku, aku buat tak layan je. Sepanjang kau ada kat sana, ada pernah kau call aku? Pernah ke? Kau memang tak guna. Aku benci kau Erfan. Benciiiii!”sudah tidak ada lagi istilah ‘saya awak’.
Tiba-tiba…
   “Eh Erfan. You ada kat sini ke? Apasal tak bagi tahu I pun. You tau tak I cari you dekat rumah you tadi? Ohh. I see. Ada perempaun ni rupanya,”kata Linda gedik.
    “Okeylah Sazzy. Sekarang ni kau dah tau. So, tak payah la aku nak berahsia lagi. Aku dengan Linda memang ada something. Baru aku sedar, couple dengan kau aku tak dapat apa. Dahlah jauh dari aku. Linda orang yang tepat patut aku pilih sejak sekolah lagi. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih kau dulu. Maybe aku takde mata kut masa tu. Jom Linda,”kata-kata yang keluar dari mulut Erfan seperti pisau yang melapah-lapah hatinya. Sudah tidak dapat menahan perasaan, Sazzy sudahpun merembeskan air mata. Kali ini cukup kronik. Teresak-esak tangisnya. Ramai yang memerhati tetapi dia tidak peduli.
   Dengan tidak menunggu lama, Sazzy terus keluar dari restoran itu. Terus didailnya nombor Irham.
“Helo Saz. Dah habis ke? Kau kat mana?”
“Aku, aku…”Sazzy tidak dapat meneruskan percakapannya kerana terlalu sedih.
“Saz, Saz. Helo. Saz? Kau nangis ke? Eh, kau kat mana? Apasal ni?”
   “Aku ada dekat depan secret recipe. Datanglah cepat,”balas Sazzy dengan esakan yang jelas kedengaran.
“Okey. Aku datang sekarang. Jangan pergi mana-mana.”

“Saz…”lirih sahaja suara Irham.
“Jomlah. Aku dah tak sanggup duduk sini lama-lama.
“Jom.”


OLDER POST | NEWER POST