> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah ! bab 8 ~
Thursday, 18 August 2011 | 07:52 | 2 chocolate

       “Apasal Saz? Kenapa kau nangis?”tanya Irham ketika mereka berada di dalam keretanya menuju ke kolej.
Mendengarkan soalan yang ditanya oleh Irham, Sazzy tiba-tiba menangis dengan teruknya.
    “Eh. Menangis lagi. Lagi teruk dari tadi pulak tu. Saz, kau jumpa siapa tadi?”tanya Irham ingin tahu.
    “Aku jumpa dia. Dia lelaki jahat. Aku benci dia!”tangis Sazzy kuat.
     “Dia? Lelaki? Kau kata kawan?”
“Aku tak boleh cerita sekarang. Emosi aku tak terkawal,”tersedu-sedan Sazzy bercerita.
    “Okey okey. Tapi kau janji kau cerita okey? Balik nanti jangan fikir banyak. Rehat je. Kalau ada masalah, call aku. Jomlah. Dah sampai pun.”

     “Assalamualaikum.”Sazzy memberi salam apabila sampai di depan pintu biliknya. Mukanya masih keruh seperti tadi cuma bezanya dia sudah tidak menangis. Sesampainya dia di katil, dia terus menghempaskan badan kecilnya di atas katil. Bergegar sedikit katil  itu. Terlalu letih hari ini padanya. Letih dari segi fizikal dan mental. Luka hatinya masih berdarah parah. Tidak dapat dilupakan peristiwa yang baru menimpanya tadi di secret recipe. Dari mana Linda datang, dia tidak mahu ambil tahu. Yang dia tahu, hatinya cukup pedih kala itu. Seperti mahu ditonjol-tonjol muka dua manusia di depannya tadi terutama Erfan!
      What’s up? Apa cer?”tanya Arisha sejurus melihat Sazzy melangkah masuk ke bilik kecil itu.
      “Huh! Jantan tak guna. Jahanam! Aku benci dia,”luah Sazzy dengan amarah yang tinggi menggunung.
     “Apa dah jadi ni Saz? Muka kau nampak sedih sangat,”
      Sazzy menceritakan peristiwa yang berlaku di secret recipe kepada teman-temannya. Seperti Sazzy juga, Arisha dan Danea sudah mengepal-ngepal penumbuk apabila mendengar cerita daripada Sazzy. Terlalu geram barangkali.
       “Huh! Semua jantan sama ja,”mungkin Arisha pernah dikecewakan seperti Sazzy kerana Arisha yang lebih-lebih marahnya dari Sazzy.
       “Sudahlah. Aku dah tak nak cakap pasal dia lagi. Aku nak lupakan semua benda pasal dia. Aku tak nak dah sedih-sedih,”balas Sazzy penuh semangat.



       Walaupun keadaan Sazzy belum benar-benar stabil, tetapi Sazzy masih gembira dan masih boleh bergelak ketawa. Arisha dan Danea memang semangatnya. Sesungguhnya, Sazzy amat sayang akan mereka walaupun mereka bertiga baru sahaja kenal.
     “Weh korang, jom pergi kafeteria kejap. Aku laparlah. Magi pulak dah habis korang bedal. Jomlah,”ajak Sazzy.
       “Siapa suruh kau sedih-sedih hari tu? Orang dah siap tanya, kau yang tak nak. Sebab tulah habis kitaorang bedal,”jawab Dane selamba.
     “Tak boleh la Saz. Aku nak kena pi library. Nak cari buku yang Prof Adyan suruh. Danea, hang pun nak pi sekali kan?”
     “Yup. Aku nak cari novel-novel. Dah lama tak baca novel. Gian pulak aku. Kau pergi sorang-sorang boleh kut Saz?”
    “Huh! Korang memang. Yelah. Aku pergi sorang-sorang. Tapi jangan harap aku nak bungkuskan makanan dekat korang!”

        Sazzy tidak jadi makan. Terasa segan pula apabila berada di kafeteria seorang diri. Selalunya, Danea dan Arisha yang akan menemaninya. Sazzy hanya memesan milo ais walaupun perutnya sudah berokestra. ‘Balik kejap lagi boleh singgah kedai jap. Beli megi lagi,’rungut Sazzy. Bagi mereka bertiga, mee segera adalah menu wajib dan terpenting apabila mereka malas mahu turun ke kafe.
      ‘Tak ramai student petang-petang ni? Diorang tak lapar ke masa-masa genting macam ni? Mesti diorang pun tengah rebus megi dekat bilik masing-masing,’
      “Hoiiiii.”
       “Oiii mak kau tak kuat!”latah Sazzy apabila disergah sebegitu oleh… Siapa lagi kalau bukan Irham.
     “Gila kau. Melatah bukan main. Mak siapa yang tak kuat ni hah Saz? Kau melatah sebijik macam makcik aku. Teruk betul.” Irham ketawa lepas.
       “Woii bangang! Macam mana aku tak melatah hah? Kau sergah aku macam tu sekali. Kalau kau sergah bapak aku macam ni la, huh! Comfirm bapak aku masuk hospital 3 minggu!
      “Kau la. Termenung je tau. Tak habis-habis. Hah! Kau kata kau nak cerita story masa kat KLCC tu. Cerita la.”
      Sazzy ketika itu sudah tidak keruan. Ditahan nafasnya yang semakin bergelogak hebat. ‘Aku dah janji dengan dia. Aku kena cerita jugak.’
    “Errr, hari tu aku bukan jumpa kawan, aku jumpa boyfriend aku. I mean my ex-boyfriend.”
        “Ex? Kau cerita terperinci sikit boleh tak?”
       “Yang kau tak sabar-sabar memotong tu pehal? Sabar la. Aku tak habis cerita lagi la mangkok!”balas Sazzy bengang dengan perangai Irham yang baginya terlampau berburu-buru dan ikut kepala sendiri.
“Amboiiii. Garang gila junior aku sorang ni. Okey okey. Sambung cerita balik.”
         Sazzy menceritakan dari A hingga ke Z. Dari zaman persekolahan dia dan Erfan sehinggalah berlakunya peristiwa di secret recipe tempoh hari. Sepanjang bercerita, emosi Sazzy jadi bercampur-baur. Kadang-kadang tersenyum sendiri. Adakalanya dia mahu menangis. Tetapi kebanyakannya tentu sahaja dilimpahi dengan air mata. Selepas tamat bercerita, Sazzy terus menangis.
     “Kurang ajar gila mamat tu? Kau pun satu. Yang kau pergi couple dengan dia tu kenapa hah?”marah Irham sebal.
      “Dulu dia tak macam ni Am.”Sazzy memberi alasan. Sedikit sebanyak rasa menyesalnya hadir. Terfikir juga, mengapakah  dia patut menerima lamaran dari Erfan yang sudah berselingkuh itu?
       “Manusia boleh berubah Saz. Sekarang aku bukan salahkan kau. Tapi tengoklah keadaan kau sekarang. Aku tau kau tak boleh lupakan dia lagi. First couple kau ke mamat tu?”
       Sazzy mengangguk lemah. Memang benar kata pepatah. Cinta pertama memang bahagia. Cinta pertama juga membuat kita tidak tentu hala. Selain itu, cinta pertama juga membuat kita merana dan cinta pertama membuatkan kita sukar untuk melupakannya.
   “Siapa nama perempuan gatal tu? Londeh?”tanya Irfan merujuk kepada Linda.
       “Hahaha.”gelak Sazzy suka. Irham terpegun melihat Sazzy ketawa. Inilah kali pertama dia mendengar Sazzy ketawa. Sungguh merdu bunyinya.
    “Apalah kau ni Am. Linda la. Mana datang Londeh tu?”balas Sazzy suka.
         “Haha. Aku lupa la. Haaaa… Macam tulah Saz.”
“Macam? Macam mana apa?”tanya Sazzy hairan.
     “Kau dah boleh gelak kira okeylah tu. Kau tau, aku suka bila kau gelak. Comel gila. Hehee,”balas Irham ikhlas.
     Sazzy apa lagi. Mukanya sudah memerah. Sangat merah. Terlampau malu barangkali.



     “Weh weh. Hangpa ada dengaq tak pasai malam Talentime tu?”tanya Arisha ketika mereka dalam perjalanan pulang ke hostel.
“Talentime? Apa tu?”tanya Danea tidak tahu.
        “Laaa Danea. Kau tak tau ke? Semua orang dah kecoh pasal benda ni. Malam Talentime tu malam persembahan. Siapa-siapa yang nak buat persembahan boleh bagi nama dekat Pn. Maimun,”terang Sazzy panjang lebar.
     “Entah Danea ni. Dekat papan notis pun dah ada lekat.”
“Haha. Manalah aku nak tau pasal benda-benda ni. Aku mana ada talent.
     “Saz, hang masuklah. Suara hang sedap berlemak bak susu krim pekat manis.”
What? Aku masuk? Menyanyi? Korang gila eh?”sangkal Sazzy.
     “Aku setuju dengan Arisha. Suara kau sedap sangat. Rugi tau tak masuk. Masuklah Saz,”desak Danea pula.
        “Tak nak tak nak tak nak tak nak!!!”tegas Sazzy.
   “Nak nak nak nak nak nak jugak!”kata Danea dan Arisha serentak.
         “Hmmm…”Sazzy berfikir sejenak. “Okeylah kalau macam tu. Aku nak nyanyi lagu apa?”Sazzy akhirnya membuat keputusan yang menyebabkan Danea dan Arisha menjerit riang.
        “Yeayyy! Macam tulah Saziatul Afrina kita. Lagu apa nak nyanyi kau tak payah nak pusing-pusing. Sekarang yang penting kau kena bagi nama dekat Pn. Maimun dulu. Takut nanti dah penuh, tak tertunjuk pulak talent kau nanti”
    “Jom teman aku. Aku seganlah nak pergi sorang-sorang,”ajak Sazzy.
“Kejap kejap kejap. Korang nak pergi mana ni?”tanya satu suara.
   ‘Alaaa. Apasal mamat ni datang? Tak penat ke kacau aku? Rimas gila.’
      “Kami nak pi syurga. Awat hang? Nak ikut ka? Pi pack barang cepat. Satgi bas tinggai,”jawab Arisha selamba badak gitu.
“Huk a’loh. Buat lawak pulak minah ni. Korang nak pergi mana ni. Saz?”
       “Kitaorang nak pergi jumpa Pn. Maimun. Nak teman Sazzy daftar untuk malam Talentime tu,”belum sempat Sazzy menghalang, Danea sudahpun memberitahu Irham. ‘Habislah aku. Mesti dia nak gelak punya. Aduhhh! Danea, Danea.’
    “Apa? Saz nak masuk Talentime tu? Saz ada bakat ke?”tanya Irham mengejek.
        “Uiii Am. Kau jangan main-main. Suara Saz ada iras-iras dengan Dato’ Siti Nurhaliza you know. Tak kenal maka tak cinta orang kata.”
      “Saz nyanyi? M.E.N.Y.A.N.Y.I? Aku tak percayalah!”sangkal Irham habis-habisan. Siap mengeja lagi tu.
       “Gila hang Am. Hang mau dengaq la suara dia macam mana. Elok hang sakit masa tu terus okey punya aku habaq kat hang,”puji Arisha tetapi kedengaran agak berlebihan.
     “Okey. Nyanyi la sekarang Saz. Aku nak dengar suara yang macam Siti Nurhaliza ni. Cepat cepat.’’
       Sazzy yang dari tadi diam tetap mendiamkan diri. Baginya, adalah sesuatu yang merugikan jika bercakap dengan Irham. Malas mahu melayan karenah jejaka kacak itu, dia mengajak teman-temannya berlalu dari situ. “Jom geng, kita blah. Kata nak jumpa Pn. Maimun? Jomlah! Karang dia balik pulak,”ajak Sazzy tanpa mempedulikan Irham yang dari tadi menunggu Sazzy bercakap dengannya. Irham berasa sedikit hampa.
   “Hey Saz. Saz. Tunggulah dulu. Sazzzz!!!!”jerit Irham sedikit kuat apabila melihat Sazzy bersama teman-temannya sudah berlalu dari situ. Hampa hatinya tidak dapat dilindung lagi. ‘Aku ada buat silap dengan dia ke? Haram dia nak cakap dengan aku tadi,’keluh Irham kesal.

      

OLDER POST | NEWER POST