> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Dia Aku Punyalah ! bab 9 ~
Saturday, 20 August 2011 | 06:13 | 1 chocolate

      “Saz, apasal kau tak cakap dengan Am tadi? Terkulat-kulat muka dia bila kau ajak kami blah tadi. Kesian pulak aku tengok dia.”
     “Betul! Cuak gila aku tengok muka dia tadi,”tambah Arisha pula.
        Sebetulnya, Sazzy juga berasa kasihan terhadap Irham. Tetapi entah kenapa, dia malas mahu berbicara dengan jejaka itu. Memang benar Irham tidak melakukan sebarang kesalahan terhadapnya. Tetapi, entahlah. ‘Aku takde mood kut tadi. Takpe, esok aku minta maaf dengan dia,’bisik Sazzy dalam hati.
       “Errr… esok-esok jelah aku tegur dia. Hey, dahlah. Jomlah pergi jumpa Pn.Maimun. Dah petang ni. Jom jom,”gesa Sazzy sungguh-sungguh untuk mengelakkan pertanyaan yang bertubi-tubi dari kedua temannya itu.




       “Am! Am! Am, tunggulah kejap. Ammmm!”jerit Sazzy semahunya. Penat usah dikira lagi. Turun naik nafasnya kala itu. ‘Apasal dia blah macam tu je? Takkan dia tak dengar kut? Punyalah kuat suara aku sampai orang yang lagi jauh dari dia boleh dengar. Dia marah dekat aku ke?’bisik hati kecil Sazzy. Tidak berputus asa, Sazzy cuba memanggil Irham lagi. “Am! Irham! Tunggu kejap Am!”seperti tadi, Irham tetap meneruskan perjalanannya. Sazzy berasa begitu hampa. Seperti mahu menangis. ‘Kenapa dengan aku ni?’
     “Kau dah jumpa dia belum Saz?”tanya Danea sebaik ternampak kelibat Sazzy tersembul di muka pintu. Tanpa menjawab pertanyaan dari Danea, Sazzy terus merebahkan badannya di katil yang tidak seberapa empuk itu. ‘Baik aku try call dia.’
     Dicapai handphone berwarna pink di dalam beg galasnya.  Tut tut. Talian akhirnya dapat disambung.
    “Helo. Hmmm, kenapa?”tanya Irham tidak seperti biasa.
       “Am… kau kenapa? Aku panggil kau tadi apasal kau tak datang. Penat aku kejar kau. Kalau kau marah aku pasal semalam, aku mintak maaf. Sorry,”kata Sazzy sedih dan kesal.
       “Aku nak cepat tadi. Sekarang pun aku tengah busy. Nanti aku call kau balik. Bye,”jawab Irham dingin dan terus mematikan talian.
      “Uhuhuuu. Warghhh.”tangis Sazzy selepas Irham mematikan talian.
         “Eheh? Kenapa hang Saz? Sawan ka?”tanya Arisha pelik apabila melihat Sazzy meraung seperti itu.
        “Kena sampuk ke Saz?”tanya Danea pula yang sedang membaca novel Adam dan Hawa karya Aisya Sofea, novelis kesukaannya.
         “Huuuu. Am buat perangai dengan aku. Dia merajuk sebab semalam tu. Aku dah tak tau nak buat macam mana lagi dah. Sedihhh!”raung Sazzy.
    “Kau kena pujuk!”jawab Danea dan Arisha serentak.
       “What? Pujuk? Pujuk? Mana aku nak tau. Aku tak pernah pujuk lelaki. Alaaa korang. Macam mana ni?”Sazzy sudah runsing.
   “Kau boleh belajar dengan doktor pakar cinta macam aku ni,”jawab Danea bangga.
“Huh, yalah tu,”sangkal Arisha.


         Irham masih dingin dengan Sazzy. Sebenarnya, Irham bukan benar-benar marah dengan Sazzy. Dia cuma mahu menguji tahap kesabaran Sazzy dengan karenah dan perangainya. Nyata kini, Sazzy sudah lulus ujian. Sazzy tidak pernah letih untuk memujuknya. Bermacam-macam cara yang diguna oleh Sazzy. Sedikit sebanyak membuatkan Irham terhibur dengan perangai keloloh Sazzy itu.
       “Am. Alaa, tunggulah weh. Aku dah tak larat nak kejar kau setiap hari kau tau!”Sazzy sudah tipis kesabarannya. “Ammmmmm! Janganlah buat aku macam ni. Aku dah letih weh. Janganlah merajuk macam ni. Dah seminggu kau tak layan aku. Irhammmm!”jerit Sazzy lagi. Air matanya sudah bergenang. Cuma tunggu masa mahu pecah sahaja.
    Irham berhenti. Dia berpaling ke belakang. Mahu melihat wajah yang sangat dirinduinya seminggu ini. Terkejut bukan kepalang dia apabila melihat mata Sazzy sudah bergenang dengan air mata. Irham berlari-lari anak mendapatkan Sazzy.
“Saz, Saz. Kenapa ni? Kenapa menangis ni Sazzy?”
        “Buat apa datang sini? Pergilah merajuk lagi! Biar aku pujuk kau hari-hari macam ni. Aku memang suka kau buat aku macam ni.”kata Sazzy geram. Terdengar sedikit esakan terselit dengan kata-kata yang baru dituturnya tadi.
    “Ahahah. Alololo. Merajuk ke? Okey okey. Aku dah tak marah dengan kau tapi kau janganlah nangis. Habis tak comel dah. ”pujuk Irham sambil tangannya sibuk menyeka air mata Sazzy. Terasa kasih sayangnya tumpah sepenuhnya terhadap gadis itu.
    “Biarlah. Kalau aku tak comel pun kau kisah apa hah?”balas Sazzy garang. Ditepis tangan kasar Irham. Irham hanya ketawa kecil. Terhibur melihat keletah Sazzy yang seperti kanak-kanak yang merajuk kerana tidak mendapat gula-gula.
      “Okey okey. Sekarang kita berbaik ek? Aku dah tak larat nak berlakon merajuk dengan kau. Penat tau tak? Rindu toksah cakaplah. Kita baik balik okey? Kosong-kosong. Amacam?”
     “Kejap kejap. Berlakon? Apa ni?”tanya Sazzy sedikit curiga.
       “Sebenarnya aku uji tahap kesabaran kau dengan karenah aku je. Dan dengan bangga aku bagi tahu, kau lulus. Tahniah Cik Sazzy. Anda berjaya!.”
       “Apa? Uji? Berlakon? Kau ingat aku nak pergi ujibakat anak wayang ke apa kau nak uji dengan berlakon apa kejadah ni hah?”marah Sazzy.
        “Laaa. Marah aku pulak? Dahlah. Tak payah nak marah-marah. Sekarang kita berbaiklah. Aku dah tak larat nak bermasam muka dengan kau. Jom.”
     “Pergi mana pulak?”
       “Pergi kafe jap. Laparlah. Teman aku makan. Lagipun ada banyak benda nak sembang dengan kau. Jom.”ajak Irham.

      “Aku nak mintak maaf pasal hari tu. Aku takde mood sebab tu aku malas nak layan kau. Sorry eh?”kata Sazzy sebaik mereka sampai di kafeteria.
    “Takpelah. Kau memang macam tu. Aku faham. Dahlah. Kau nak makan apa, Aku settle.”
       “Dekat sini ke? Kalau nak settle pun takkan dekat sini Am? Belanjalah aku makan pizza ke, KFC pun diterima.”
       “Amboiii, aku mana kerja lagi Sazzy oiiii. Tapi kalau kau nak jugak okey je. Tapi aku belanja minum air je, yang tu pun air kosong. Hehe”
     “Sengkek la kau!”
      “Okey okey. Malam ni aku belanja kau makan sate kat  kajang. Kau ajak la member-member kau sekali eh,”ajak Irham.
   “Aikkk, tadi kata takde duit?”
    “Haha. Ajak jelah. Banyak soallah kau. Cancel kang!”ugut Irham.
“Okey okey,”
     “Saz! Penat kitaorang cari kau. Kau kat sini rupanya. Orang call taknak angkat,”marah Danea yang datang menghampiri mereka bersama Arisha.
      “Sorrylah. Phone aku battery low la. Apasal?”
    “Kau terpilih masuk Talentime tu. Nama kau ada dalam senarai yang kedua. So, kau orang kedua yang kena buat persembahan!”balas Danea yakin.
    “Korang jangan main-main. Takkanlah? Apasal awal sangat?”sangkal Sazzy.
“Depa undi la mangkok! Bersyukuqlah at least hang dapat masuk,”
    “Kau nyanyi lagu apa Saz?”tanya Irham yang sedari tadi hanya menjadi pendengar.
“Mana boleh bagitau. Kalau nak tau datang and tengok sendirilah!”balas Sazzy berahsia.
      “Dengan aku pun kau nak berahsia ke?”
Yes,”balas Sazzy ringkas.


p/s : spesel untuk adek kita yg comell, yg selalu supprt aku suruh sambung novel ni, Adek Nan, tengs adek sebab sudi baca novel akak. Novel akak takdak laa hebat mana. Terus support okeh ! tengs dear :)

OLDER POST | NEWER POST