> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Mini novel: Hot and Spicy
Thursday, 25 August 2011 | 05:59 | 0 chocolate

AKU Ed. Nama panjang pulak Eddd… Haha. Itulah yang aku selalu jawab setiap kali ada yang tanya nama penuh aku. Bukannya aku tak nak bagitahu apa nama penuh aku, cuma ada sedikit rasa malu menerpa diri aku. Aku bukannya malu dengan nama aku. Malah, aku suka sangat dengan nama aku cuma yang aku malukan tu adalah penampilan aku.
          Cuba korang semua bayangkan, aku yang suka pakai T-shirt besar-besar, berseluar jeans lusuh dan topi ataupun key di atas kepala  adalah pemilik daripada nama Nur Edrina Sofea binti Pakcik Bedul. Huh! Sungguh gegurl bukan nama aku? Mak aku memang sungguh pandai cari nama. Sungguh sesuai dengan anak daranya ini. Alahaii…
          Aku dikenali sebagai Minah Rempit terhormat sekitar KL ni. Kira aku legend habis la dengan kawasan sekeliling KL. Tapi KL ni bukan gua punya aaa. Dah ala-ala cerita KL Gangster pulak. Eh, aku bukan gangster okey, nakal dan jahat sikit je.
          Pernah sekali aku kena tahan dengan polis sebab merempit. Tak tahulah pulak aku dekat kawasan Damansara ada bond yang jaga. Sebab selalu port tu clear semedang. Alih-alih, kantoi jugak. Kitaorang takdelah sampai masuk lokap, cuma kena tadah telinga dengar Tok Janggut bagi ceramah motivasi tak rasmi. Perghh, cair taik telinga aku beb. Senang sikit aku untuk memprosesnya. Takdelah susah-susah nak korek kan. Haha, rasa macam jijik pulak cakap pasal benda-benda kotor ni.
          Yang malangnya tu, berita pasal aku kena tahan sebab merempit tersebar di kampungku yang tercinta. Aku pun tak tahu lahabau mana pergi report dekat mak aku. Kalau aku jumpa, mau aku siat-siat daging dia. Boleh sedekah dekat anak-anak yatim.  Gila kau, mak aku kejar aku sampai tak cukup tanah aku lari. Boleh dikatakan, habis satu kampung aku tawaf. Masa tu barulah aku sedar erti sebuah desa  yang sebenar.
          Bukanlah aku yang mintak jadi macam ni. Tetapi disebabkan satu peristiwa yang masih terpahat utuh di kepala hotak aku nilah, semua ni terjadi. Kisah ni bermula masa aku 8 tahun tak silap. Masa tu aku tengah main masak-masak dengan member aku, Elina. Tengok, nama dia pun dah nak dekat dengan nama aku. Tapi aku panggil dia Elin je. Okey, tengah best kitaorang main masak-masak tu, tiba-tiba aku teringatkan rancangan TV yang aku tengok semalam dengan mak aku. Aku lupa apa nama rancangan tu tapi yang aku tahu ada muka Chef Wan dalam kotak televisyen milik bapak aku tu. Disebabkan rancangan TV tulah, aku bergegas masuk ke rumah. Aku beria-ia tanya mak aku. “Mak, kotak mancis dekat mana mak?” Mak aku masa tu tengah mamai sebab tidurnya terganggu dengan selamba menjawab. “Ada tu ha atas peti ais.” Jawab mak aku. Aku rasa mak aku separuh sedar kut masa tu. Kalau tak, mananya dia nak bagi aku main dengan api. Nanti terbakar diri. Ceyhh…
          Aku bawak kotak mancis tadi pergi depan rumah. Elin setia menanti aku dengan kerut seribu setengah di dahinya. Aku buat muka teruja sambil menayangkan kotak mancis itu kepadanya. Dia buat muka pelik lagi tapi aku dah tak pedulik sebab terlampau teruja. Aku terus je ambik satu mangkuk mainan. Yakni mangkuk tu dari spesies plastik. Aku bawak keluar satu batang mancis dari kotak, aku halakan mancis tu ke arah mangkuk mainan tadi. Cair terus mangkuk mainan tu. Eh, ini bukan macam apa yang aku tengok dalam TV semalam. Apasal mangkuk tu jadi macam tu? Aku  hairan. Tapi lain pulak Si Elin ni. Dia nampak teruja sangat sebab tengok mangkuk tu perlahan-lahan cair macam tu. Memang nampak menarik bagi kanak-kanak belum akil baligh seperti kami. Elin yang masih kelihatan perak dengan senario yang berlaku di hadapan kami itu terus menyentuh mangkuk yang sudah herot berot dikerjakan oleh aku. Tiba-tiba dia menjerit. Terkejut aku. Masa tu aku tak tahu kenapa dan apa yang membuatkan dia menjerit sebegitu rupa. Tak cukup dengan itu, nasib Elin seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga. Api kecil yang ada dekat mangkuk mainan tadi tu terkena gaun pink comel Elin. Terbakar gaun dia. Dia menjerit macam orang gila dan menangis. Aku pulak masa tu macam terkesima. Tak tahu nak buat apa padahal aku patut menghulurkan bantuan barang sedikit pun. Belum cukup malang lagi, api yang ada dekat gaun dia terus menyambar rambut anak patung Barbie kepunyaan Elin. Setahu aku, tu patung Barbie kesayangannya. Mampus aku!
          Dari jauh aku nampak ibu Elin, Makcik Tipah Dangdut terkocoh-kocoh datang menghampiri kami. Yakni dengan muka risau. Mana taknya, suara Elin menjerit tadi sudah cukup membuatkan 15% dari muka bumi ini bergegar. Dasat sungguh Si Elin ni.
          Malam tu aku kena tidur atas pokok rambutan. Denda yang aku rasa sungguh tak relevan untuk budak berumur 8 tahun seperti aku. Habis merah badan aku yang putih ni sebab kena gigit dengan nyamuk dan kerengga. Nasib baiklah aku ni jenis tak takut hantu. Kalau tidak, susah jugak. Huh! Lahabau punya Elin! Tapi bila kalau difikir balik, memang 100% salah aku pun. Tapi yang Si Elin tu pun bodoh piaw, boleh dia pergi pegang mangkuk tu. Cehh, kalau diikutkan, aku pun teringin nak pegang masa tu. Nasib baik Elin pegang dulu. Fuhh, selamat aku. Hoh! Selamat pebendanya?
          Bila ingat balik, rasa macam kelakar pun ada. Dan start haritu jugak, aku dah malas kawan dengan budak- budak perempuan. Aku selalau ikut abang saudara aku pergi konvoi naik basikal. Jadi, itulah sedikit sebanyak kisah mengapa aku menjadi seperti ini. Mengapa aku menjadi seorang Ed!
          “Woiii!” Tiba-tiba terdengar satu sergahan dari arah belakang. Cehh! Sungguh kurang sopan si Ecah ni. “Apa?” Aku bertanya malas. Apalah yang minah sekor ni nak? Aku tengah best mengimbas kenangan lampau, tiba-tiba je dia muncul seraya mencacatkan kenangan itu.
          “ Seronok bukan main kau ye… Berahat-rehat atas katil ni macam dah macam takde menda nak buat. Woii, kau ingat baju-baju dalam besen tu nak tersidai dengan sendiri ke? Cukup bagus tahu aku tolong basuhkan….” Bebel Ecah panjang. Alahh, minah ni kalau start membebel, mananya dia mahu berhenti.
          “Alahhh, kau tolong jemurkan boleh tak? Aku pening kepala sangat-sangat.” Aku pura-pura menekap tapak  tanganku ke pelipis. Konon pening sesangat la tu.
          “Sudahlah Ed. Macamlah aku baru kenal kau setengah jam yang lepas. Tadi elok je buat lompat bintang depan rumah tu. Hisyy, kau ni. dah…Pergiii…” Ecah mula mengeluarkan arahan ditaktornya. Cehh, kuku besi betul!
          “Yelah, aku pergi ni…” Aku melangkah malas menuju ke arah mesin basuh.

AKU jemur kain alar kadar. Nak kata ala-kadar tu, tak jugak. Bila aku tengok balik, perghhh, macam-macam bentuk ada. Bentuk bulat, tiga segi. Eh, bentuk ‘love’ pun ada? Haha, okey. Yang tu aku tipu je. Tapi serius, aku kalau buat kerja memanjang main-main. Tak pernah serius. Tiba-tiba, telinga aku yang boleh tahan besar ni telah menangkap suara orang ketawa. Siott! Mat Kapcai, anak Makcik Bedah Kicap bantai gelakkan aku. Cisss, sungguh berani kau ya! Mataku melilau mencari sesuatu. Ahah! Ini dia. Aku mengambil sepasang selipar jepun. Aku pun tak tahu siapa punya. Pakat tangkap muat je. Satu…dua…tiga. Dushh! Ahah! Kena tepat doe! Yearghh. Disebabkan terlalu seronok, aku siap menari tango depan tu. Mat Kapcai buat muka bengang. Berasap-asap kepala mamat tak handsome tu. Aku tahu dia dok hangin dengan aku. Lantak kaulah! Aku terus memblahkan diri dari situ. Aku nampak mulut Mat Kapcai terkumat-kamit. Aku tahu dia tengah maki hamun aku. Haha.  Baru puas hati aku!


p/s: saja suka2 buat. 

OLDER POST | NEWER POST