> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Hedgehog si Landak susu
Friday, 30 September 2011 | 04:52 | 0 chocolate
Assalamualaikum

Ada la kurang2 dua minggu aku tak apdate. Bukan apa, saja malas. Nak kata tenet slow tahap cipan demam campak takdaklaa pulak. Lagipun takdak bahan sebab tu maleh nak apdate. Okehla, intro sikit2 dah la kan.

Sebenaqnya dalam post-post yang lepaih aku byk crita yg aku nak natang sugar glider. Tapi bila aku tengok harga dia tak turun2,dok macam tu ja, aku dah maleh nak tunggu.

Dah maleh nak tunggu , aku pun search tenet nak nengok natang apa lagi yg boleh dibuat pet. Yakni yg harga dia molek sikit . Search mya search mcm org gila, at last aku dah jumpa satu natang yg aku rasa sangat superb kalau dibuat pet. Dan aku rasa ramai jugak yg ada cuma tak seramai yg ada kucing ngn hamster.



Gila comel kan? Ni yg babies. Jap aku upload yg dah akil baligh.



Macam ni laa lebih kurang. Comel kan? Yearghh.  Ekceli natang ni ada banyak spesies. Yang den tao dua ja. Satu yg cam kat ataih ni, nama dia Salt Pepper. Mungkin sebab kaler dia cm tu kot. Yang satu lagi jenis albino.




Kulit dia putih mcm penyakit albino thats why nama dia albino hedgehog. Putih suci ja aku tengok. Tapi kalau beli yg albino dia punya mata merah sure memberi impak scary yg melampau. Tapi aku nak la jugak :P


Ni bukan cokelat aaupun chewinggum. Ni baby albino. Mungkin baru tiga empat hari. Sangat kecik dan sangat comel membuatkan aku nak kunyah-kunyah. Keh3.



Kalau beli aku nak yg macam ni. Tak besaq sgt, tak kecik sgt. Comey plak tuh.

Yeaa, harga dia tak semahal sugarglider dimana sugar glider sekor 250 hinggit manakala si hedgehog ni pulak 100 pun ley dapat. Mak aku dah bagi green light. Cuma tunggu persutujuan pleh bapak aku ja. Dia tanak sebab tak comey. Hokaloh! Comey kut benda ni walaupun tak secomel natang sg tu. Tapi okela murah kot mana nak dapat harga cmtu. Kalau aku bela natang  ni buleh aaa menunjuk sikit. "Weweh, aku ada bela natang hedgehog, yang landak duri2 tu, kau ado?" Haha.

Okey, mai aku pecahkan satu rahsia. Ekceli natang hedgehog ni tadak kait mengait pun ngan natang landak. Bau-bau bacang pun takdak apetah lagi ada kaitan dengan kartunis  Bacang. Kuekueee...

Tak sakit ka bila pegang natang ni. Duri tu wooo, kalo kena tak kahwin aku.

-hehehe, ada tak statement mcm kat ataih ni? Semua tu salah sebenaqnya. Dia punya duri tak mcm landak. Kalau landak duri dia runcing dan tajam dan kalau dia rasa terancam dia will keluaqkan dia punya duri. Tapi dak hegdehog yg baik ni tak cenggitu. Duri dia pun rata tak tirus cam landak. Kira kalau hg pegang dia mcm hg pegang sikat la. Camtu la kalau nak tau cemana. Aku pun tak pena try pegang lagi tapi berdasarkan research yg aku buwat, rata2 ckp cenggitu la. Lagi satu mcm hg pegang berus bsuh kasut. Cemana palak? Aaaa Lu Pikir La Sendiri.!

Jangka hayat dia pulak tak lama sangat dan tak pendek sangat. Dalam 4 ke 9 tahun tak silap. Tapi kalau mati awai aku taktao maybe ada penyakit or apa.

Natang hedgehog ni bukan mcm natang2 yg lain which is depa memerlukan teman untuk hidup. Lain ngn natang hedgehog ni dimana dia hidup berseorangan dan tak perlukan teman. Tapi kalau hg nak mating kan dia, boleh ja, habeh ja mating, hg asingkan balek sebab taku depa gaduk pastu main cucuk antara satu sama lain konon bergurau senda habeh la kan. Takut depa buta even bulu dia tak tajam tapi hg bayangkan kalau hg cucuk sikat kat mata hg? Kalaupun tak buta tu nasib hg tapi mesti ada kesan sampingan. Sangat bahaya dan dinasihatkan supaya tak letak sekali. Huehuehue...

Dia makan apa pulak Cik Serba Tahu?

-Hmm... Soalan yg aku suka jawab sebab aku suka makan. Kuekuekue. Natang ni tak banyak songeh cam manusia which is dia hanya makan serangga dan makanan kucing. Makanan kucing pulak jangan bagi freeskies. Menurut research yg aku buwat, sebaiknya bagi depa ni makan Royal Canin.

Aku pun taktao kewujudan Royal Canin ni tapi kalau carik kat petshop ada la kot. Air pulak bagi ja air masak. Lepastu kalau nak bagi depa eksesais yakni untuk mengelakkan masalah obesiti melampau, belilah satu wheel kat depa. Wheel pulak jgn beli yg hamster punya sebab kecik. Beli yg Guinea Pig punya.

Sangkaq pulak lagilah small matter which is hg just guna sangkaq arnab yg mmg senang nak carik dan harga pun taklah mahai sangat. Senang ja nak jaga natang hedgehog n.

Hohoho. Banyak pulak aku tules. Ekceli ni info untuk diri aku sendiri jugak. Dengan harapan bapak aku bagi bela lepas baca info panjang berjela sekaligus menampakkan kesungguhan aku yg mmg sungguh-sungguh ni.

PEACEE *

OLDER POST | NEWER POST