> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Mini novel: Hot and Spicy part 2
Thursday, 15 September 2011 | 18:41 | 0 chocolate

***
“ED, bila kau nak carik kerja? Takkan kau nak menganggur terus kut?” Soal Ekal, member se‘rempit’ aku.
           Aku diam tak menjawab. Terus je  aku pijak kaki dia. “Ouch, kau gila ke hape? Apehal tiba-tiba kau pijak kaki aku yang handsome ni?” Ekal mengaduh kesakitan. Aku pulak buat muka selamba toya seraya berkata, “Kau tanya aku macamlah kau tu dah kerja.” Balas aku selamba. Mataku melilau-lilau sekitar KLCC ni. Manalah ahli kelab rempit yang lain? Takkan aku dengan Ekal je kut? Yang aku tahu Meon memang tak boleh datang sebab kaki dia terseliuh. Mesti korang ingat kaki dia terseliuh sebab merempit jatuh motor kan? Ouh tidak! Dia terseliuh sebab ber ‘perang’ dengan lipas. Dia ni jenis takut lipas macam aku jugak. Hari tu dia cuba nak elakkan diri dari lipas. Yang Encik Lipas tu pulak selamba badak je pergi ikut dia. Entah macam mana dia boleh jatuh. Memalukan kaum rempit betul! Yang aku dengar, adik perempuan Meon main minyak zaiton mak dia. Dilumurnya habis minyak tu ke lantai. Mungkin sebab tu jugak Meon sakit kaki. Padan muka!
          “Dah sampai mana?” Tanya Ekal. Aku tersentak. Habis berterabur semua gambaran lipas-lipas dan muka Meon tadi. Ekal buat muka bengang. Mungkin geram dengan aku yang macam layan tak layan dia je. “Sampainya hatimu…” Aku terus mengarut. Boleh pulak aku pergi nyanyi lagu Spring tu. Muka Ekal bengang lagi.
          “Untuk pengetahuan kau Cik Ed, aku dah pun ada kerja.”  Ujar Ekal sambil tersenyum bangga. Aku masih buat muka toya. Alaaa, paling hebat pun mamat ni mesti kerja kilang punya. “Yeke? Kerja apa? Cleaner? Buruh kasar? Takpun pengawal keselamatan?” Aku cuba buat dia bengang. Tapi muka dia yang setenang-tenang air dilautan tu membuatkan aku pulak yang bengang. Ciss, tak kena pulak kali  ni. Aku mendengus geram.
          “Cikgu sekolah.” Jawabnya tenang. Aku terkejut. Sangat-sangat terkejut. Adalah dalam 3 minit aku ternganga macam tu. Entah berapa banyak langau entah yang dah masuk mulut aku. “Kau… Cikgu?” Tanya aku lantas ketawa terbahak-bahak. Siap tekan-tekan perut lagi. Alahaiii si Ekal ni. Apa punya lawaklah yang dia buat. Memang tak lawak langsung. Aku ketawa lagi. Tapi renungan Ekal yang tajam bukan main tu buat aku terus berhenti ketawa. Apasal dengan dia ni? Aku telan liur. Pahit.
          “Aku seriuslah Ed! Aku kan ada ijazah, takkan nak buang camtu je kut? Mestilah aku guna. Ahah! Untuk pengetahuan kau, aku akan mengajar Mathematics form 3.” Kata Ekal lagi sambil tersengih-sengih. Eh, aku tak pernah tahu pula jembalang tanah  ni ada ijazah. Wahhh, siap ngajar Maths lagi tu. Gulp! Aku tak pernah pass Maths masa sekolah dulu. Rupa-rupanya kutu rayau ni pro Maths. Perghhh, aku tabik spring kat kau aaa weh! Aku cakap dalam hati. Yelah, kalau aku cakap depan dia, mesti lobang hidung dia automatik kembang 18 inci. Kalau handsome takpelah jugak. Eh, tapi dia memang handsome pun. Ceh!
          “Kau trylah cari kerja apa-apa.” Tambah Ekal. Cehh, metang-mentanglah kau dah ada kerja, sibuk nak jadi ejen cari kerja pulak. Yoyo’oo jeh mamat ni. “Kerja apa? Takde kerja yang sesuai dengan jiwa akulah!” Aku bagi alasan konon-konon relevan habis. Sebenarnya, aku teringin sangat nak jadi mekanik. Sebab aku minat sangat dengan motor-motor ni. Tapi tahu-tahu jelah. Mak aku confirm takkan merestui kalau aku kerja tu. “Daripada kau kerja serupa orang jantan tu, mak lagi sanggup bawak masuk duit bulan-bulan dalam akaun kau.” Tulah yang selalu mak aku cakap. Dia memang tak suka anak dia jadi terpesong sebegini rupa. Adik lelaki aku, Apoi pun tak macam aku. Haiii mak. Nak buat macam mana? Lumrah alam…
“Ada… kau yang ngengada. Memilih sangat. Kerja jelah. KFC ke. Apa ke. Cerewet.” Sudah…mula dah membebel. Elehh, sakan kau ye, start dah ada kerja ni, bukan main jadi penasihat tak rasmi aku. Bengong punya member.
“Tengoklah nanti.” Aku sekadar mengiakan. Malas nak dengar lahabau ni membebel. Bernanah telinga aku. Tapi kalau difikir balik, memang patut pun aku cari kerja. Dalam umur aku yang baru nak menginjak 22 tahun ni, sepatutnya aku dah ada kerja. Bukankah tu tujuan utama aku datang KL ni? Alih-alih aku jadi Minah Rempit pulak. Lemah jantung mak aku kat kampung tu.  “Hmmm, tengoklah macam mana.” Aku ulang lagi. Lebih kepada diri sendiri. Kalau aku kerja, bolehlah meringankan beban mak bapak aku dekat kampung nun. Aku ni asyik menyusahkan diorang je. Kalau dapat gaji, bolehlah aku bayar duit sewa rumah. Lebihan baki tu pulak bolehlah aku upgradekan lagi LC merah hitam kesayangan aku ni. Aku mula merangka-rangka sendiri.
JAM baru pukul 8 pagi. Huarghhh… Aku menguap besar. Letih sangat. Sengal-sengal je badan aku ni. Ni semua gara-gara merempit terlalu lama semalam. Hisy! Kalau ikut aku, memang tak nak join diorang. Tapi si Poji tulah yang paksa aku. Dia kata kalau aku tak join malam tadi, dia akan mencederakan LC kesayangan aku. Huh! Bedebah punya Poji. Aku pun nak tak nak terpaksa join. Si Poji tu bukan boleh, tak pasal-pasal LC aku tu jadi mangsa kedai besi buruk!
          Ecah masak apa eh pagi ni? Oh! Lupa pulak aku yang Ecah balik kampung pagi tadi. Sebelum dia pergi, macam-macam pesanan penaja dia kasi kat aku. Macamlah aku dengar. Aku poyo-poyo je mengangguk padahal tengah tersengguk-sengguk menahan kantuk. Aduii… selalu Ecah yang tolong buatkan breakfast.  Hmmm… terpaksalah aku meringankan tangan besi aku ni untuk memasak. Kalau boleh memang aku malas nak masak tapi perut punya hal…
          Aku ushar-ushar peti ais. Selalunya kalau bukak peti ais, aku akan cari air dengan epal je. Tak sangka hari ni aku akan buat sesuatu yang lain dari tu. Hmmm… boleh tahan banyak jugak bahan-bahan mentah dalam peti sejuk ni. Nak masak apa? Kalau ikut perut aku yang tengah lapar sangat ni, tengok makanan Cherry (si ikan emas) tu pun dah meleleh air liur aku. Huh. Buat jelah
          Aku bawak keluar 3 bijik telur dari dalam peti ais. Aku kacau-kacau telur tu seperti biasa. Maksudnya aku terlalu pro untuk mengacau telur ni. Perghhh, skill aku kacau telur, kalah Chef Wan!
          Aku bawak keluar pulak sebuku roti. Aku celup-celup roti tu dalam cecair telur tu tadi. Hmmm… belum masak lagi dah nampak sedap. Nyum nyumm…

HAHA. Akhirnya, siap jugak ‘Roti Telur ala Chef Ed’ aku ni. Wow! Rentung habis roti ni. Ni mak aku punya pasallah ni. Boleh pulak telefon aku pagi-pagi, tanya bila lagi nak balik kampung. Punya la terleka sembang-sembang dengan mak aku, tiba-tiba aku bau benda hangit. Terkocoh-kocoh aku bagi salam kat  mak aku lantas terus mematikan talian. Nampak sungguh tak menyelerakan. Tapi tu mungkin bagi orang lain, tapi bukan aku. Aku cuba rasa sikit. Hmmm, pahit sikit. Aku cuba cecah dengan sos. Hah! Sedap sedap sedap. Aku cuba tiru suara Upin Ipin. Tahniah Chef Ed. Aku puji diri aku sendiri walaupun aku sedar sememangnya perkara itu tidak wajar berlaku.
          Aku teringatkan sesuatu. Ahah! Pagi ni aku ada interview untuk kerja. Aku pun malas sebenarnya nak pergi temuduga segala bagai ni tapi nak buat macam mana? Ekal bukan main lagi paksa aku. Bengong betul cikgu baru tu. Aku pergi ni pun bukan bersungguh-sungguh pun. Saja nak bagi Ekal puas hati. Lagipun semalam birthday dia. Biarlah ‘temuduga’ kali ini menjadi hadiah yang special untuk dia. 

OLDER POST | NEWER POST