> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Raya 2011, Hantu Bonceng dan Bertapa di kedai rambut
Saturday, 3 September 2011 | 04:21 | 0 chocolate
ASSALAMUALAIKUM



Tak terlambat lagi bukan untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN kepada mereka yang berjaya menghabiskan puasa sebulan. Yang tak khatam puasa sebulan tuh, huh, anda tidak layak beraya melainkan yang memang tak boleh posa ney. Paham2 sendiri laa nohhh...

Raya tahun ni macam tak berapa nak raya ja kan? entah? Tu bagi akuh laa. Tapi berdasarkan borang kaji selidik yang aku edarkan kepada rakyat seantero dunia, mereka juga berpendapat yang sama. Tak gituh?


DESA TERCINTA

Tahun ni aku beraya di Sungai Besar, Selangor. Perghhhh, meriahh bhaiii. Bayangkan dalam satu rumah, ada la dlm 29 orang. Ramai bukan? Memang meriahh laaaa. Lagipun aku mmg jarang balik sana. setahun sekali ja. Sebab tu rasa syg nak tinggalkan rumah tu. Sobs sobs. Dua tahun lagi baru boleh balik sana balik . :"(

DUIT RAYAAA

Duit raya tahun ni boleh tahan banyak. Banyak pun sbb aku campur sekali dgn duit upah buat kuih raya dgn mak haku. Kalau dak, perghh, Nak beli coki-coki pun tak pass. Kalau dicongak-congak, ada laa dlm RM 200 lbeyh. Tapi selepas digunakan untuk benda2 yang tak berapa mendatangkan pekdah, tinggallah RM 100 lbeyh. Sedih tu sedih jugak. Tapi hapa boleh buat? Nak tau apa penyebab duit aku boleh keringss mcm toh? Cekitdout!

HANTU BONCENG

Semalam, 2 Syawal, bersamaan dgn Raya ke-4 aku dgn kakak aku, Mizz Atyra, pergi Qb tengok wayang. Cerita yg tgah HOT diperkatakan kini. HANTU BONCENG. Hahaaa... Nilah jugak penyebab mengapa duit aku makin keringss. hehee.. Btw critak ni bestttt! Pergi laa tguk. Lawakk bhaii... Tu jee

SESI MAKAN-MAKAN

Lepas ja habehh tgok movie toh, kami cadang nak pi makan. Yang aku hangin tu, kakak aku tergedik-gedik nak pi makan dkt Johnys. Aku mmg tak suka makanan-makanan dekat sana. Drpd makan kat sana, baek aku makan dekat Idrus depan rumah aku ni ja. Tak pa laa, aku ni baek dan berdedikasi jadi aku pun ikut jaaa. Masa aku baru dok pening kpala nak pilih makanan, waiter tu mai. Aku mya kepala dah berserabut taktao nak mkn apa pi la pilih koteaw sup. Punya laa tak sedap. Menyesai gilahhhhhhhhh. Punya laa tak puas hati, lpas tu aku ajak kakak aku pi Secret Recipe. Hehehe. Dpt jugak makan Lasagna. Baru puas hatiku iniii... Ahah! Ni jugak menyumbang kepada kekikisan duit raya aku.

BERTAPA DI KEDAI RAMBUT

hehee. Dah lama aku nak buat rambut, baru tahun ni boleh. Tu pun kena bodek mak pak aku sungguh2. At last... I GOT ITTTT.... YUHUUU... sori sori. Terover pulaks.
Masa mula-mula aku dgr Acu aku dgn kakak aku ckp pasai nama kedai rambut ni, aku ingat depa melawak. Maybe salun tu comel, thats why depa panggil kedai tu nama COMEL. Sampai-sampai ja sana, muahahaha, seriyes nak tergelak. Kedai rambut tu nama dia  COMEL! kehkehkeh. Aku terima lagi. Maybe sbb kedai tu comel. Takpa, pi laa masuk kedai tu. Tiba-tiba. Gulp, aku tergamam. Comel sialll. dengan bersepah-sepah, tau macam apa? Kilang lama kena tinggai. Tak laa teruk sangat kedai tu tapi aku rasa tak wajar pulak mereka meletakkan nama sedemikian. Kalau tya orang Kepala Batas, mesti depa tau kedai  ni. Kedai rambut ni mmg TOP seyhh! Tak pernah putus dgn customer. Dari zaman mak aku lagi kedai ni dah ada. Hah, ni mula nak promote ah ni. Tadi bkn main kutuk segala. Keh keh. Manusia... biasalah.
Aku buat straighten. Aku berjaya melabur wang kira-kira RM 65. Otomatik poket aku yg lembung terus kempis. Rasa terkilan tetapi tidak mengapa. hehee...
Yang membuatkan aku rasa mcm ARGHHHHHH tu, aku dok dlm salun tu kira-kira  7 jam! 7 JAM braderrr... Dari pukui 5 petang gua sampai, pukui 11 mlm baru habeh. Mau tak kematu punggung gua tunggu sikit mya lama. Tapi tapa, aku puas dgn rambut aku. Hehe. Nak tunjuk pun tak buleh sbb aku pakai tudung.

Tu ja la. Sapa-sapa yg rasa aku ada buat silap, TOLONG maafkan akuh. ILOVEYA! Salam aidilfitri. Ikhlas dari NurAmirah. ^^



OLDER POST | NEWER POST