> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Cerpen ke-2. (tajuk belum difikirkan lagi.)
Wednesday, 26 October 2011 | 22:06 | 0 chocolate

“KALAU setakat nak datang sini buat memekak je baik tak payahlah weh!” Masih terngiang-ngiang kutukan pedas dari seorang mamat bebal yang aku tak tahu nama dia.
Kisahnya begini, semalam aku pergi teman member aku, Fya pergi MPH Bookstore. Katanya nak beli buku-buku untuk rujukan. Lagipun semalam aku free, takde aktiviti apa-apa, jadi aku ikut jelah. Bila sampai sana, Fya ke tempat lain, aku ke bahagian lain. Bila dah lama sangat, aku keluar dari bahagian tu dan terus cari Fya. Aku peliklah bila aku tak nampak Fya kat mana-mana pun. Aku pun trylah call dia. Tapi yang tensyennya tu dia tak angkat. Aku dahlah baru kat tempat ni, kang tersesat naya je.
Cari punya cari kat dalam kedai buku tu, aku pun dah mula fedup. Berbekalkan perangai tak senonoh dan gila-gila aku ni, aku terus menjerit melolong memanggil nama Fya. “Fyaaa… kau kat mana weh??? Fyaaaa!!!” Lebih kurang macam tu aku menjerit dan semestinya jerikan dan teriakan aku akan mengundang presepsi buruk orang ramai terhadap aku. Masa tu aku dah tak fikir apa, aku fikir nak balik je.
Lepas tu memang ramailah yang buat jelingan maut dekat aku. Yang kakak cashier tu pulak dah meletakkan jari telunjuknya di bibir. Aku buat bodoh jelah sebab aku lupa masa tu aku dalam kedai buku. Panik gila bila tengok Fya tiba-tiba hilang. Aduhhh… Mana kau Fya? Aku berbisik dalam hati. Aku baru sampai dari kampung. Aku datang sini sebab nak sambung belajar dekat UiTM Shah Alam.
Memang aku ni dah macam beruk hutan masuk kampung dah sekarang. Aku mengetap bibir. Lagi sikit je nak menangis. “Arghhh…” Punyalah geram, last-last aku menjerit.
Disebabkan jeritan aku yang serupa kuntilanak tak berak seminggu, aku terus dapat habuan dan makian dari mamat tu. Oyeah, aku tak tahu nama dia apa sebab dia memperkenalkan diri dia dengan cara yang salah dan tak sopan. Sah sombong!
Korang nak tahu Fya pergi mana? Rupa-rupanya dia pergi tandas untuk melabur. Pelaburan yang tak tepat dan sungguh tak patut. Dah tu orang lain pakai phone, dia pun nak pakai. Last-last tinggal dekat rumah. Wahhh, masa tu aku rasa macam nak tunjal-tunjal je kepala Si Fya sekor nih!
Tiba-tiba suara perempuan menjerit mematikan lamunanku. Aku kembali ke realiti. Aku melihat ada sekumpulan pelajar perempuan sedang tergedik-gedik mengejar seorang pelajar lelaki yang kurang jelas pada penglihatanku. Apasal diorang kejar laki tu? Aku bertanya sendiri. Lantaklah, ada banyak benda yang lagi best nak difikirkan.
Tetapi kuasa Allah siapa yang berani jangka. Akhirnya aku tetap dan harus memikirkan masalah mereka. Kenapa?
Yalah, entah macam mana mamat tu boleh landing baeekkk punya atas aku. Aku secara drastik terjatuh. Kepala dia terhantuk betul-betul kena dahi aku. Aduhh… apa tak cukup luas dahi aku nih?
“Apa hal ni bro? Eh..?” Belum sempat aku bertanya, mamat tu lagi dulu menekup mulut aku dan menarik tangan aku untuk pergi jauh dari gadis-gadis yang sedang mengejarnya. Aku tak kisah kalau dia nak lari ke hape, tapi apasal nak kaitkan aku pulak ni? Aku berlari terkedek-kedek mengikut rentaknya yang tak tentu.
Sampai dekat satu semak yang jauh dari penglihatan orang lain, dia melepaskan aku. Dah tu, sikit punya kasar pulak. Aduh, bala, bala!
Aku memerhatinya, dia terlantar penat pada sebatang pokok yang aku tak tahu nama pokok tu apa. Eleh, dia ingat dia sorang penat? Habis aku ni? Bapak punya penat tak bising pulak!
Tiba-tiba, dia memalingkan wajahnya ke arahku. Ahah! Barulah boleh tengok jelas sikit. Eh? Ohmaigod what happen ni? Macam kenal je mamat ni?
“Eh? Kau pompuan tarzan semalam yang dekat MPH tu kan?” Wah, punyalah sopan ayat kau panggil aku tarzan. Yang mulut kau macam cili boh tu aku tak bising banyak pulak?
“Errr… Sini bandarlah cik abang. Mana ada tarzan. Ni mesti banyak tengok kartun ni.” Balasku sambil menjeling tajam ke arahnya.
“Jeling-jeling. Aku mintak-mintak esok kau juling terus!” Dia memintas.
“Ni apa cer brader bawak lari anak dara orang ni hah?” Aku mengubah topik ke arah yang lebih serius.
“Anak dara ke ni? Aku mati-mati ingat aku bawak lari anak teruna orang.” Balasnya sinis.
“Jangan nak ubah topik boleh tak?” Marahku sambil menjegilkan mata.
“Tak takut, tak takut.” Balasnya sambil menjelir lidah. Wahhh, sikit punya hebat mamat ni. Hebat menyakitkan hati aku!
“Apasal minah-minah tu kejar kau?” Tanyaku. Malas dah nak bergaduh, aku tanya baik-baik.
Dia mengeluh. “Macam ni, tadi aku dah haus giler. Lepas tu aku nampaklah dua orang minah tengah lalu depan aku. Aku cakaplah siapa yang belikan air untuk aku, aku akan ajak diorang keluar dating malam ni. Entah macam mana, ada dalam sepuluh pompuan datang serang aku padahal aku ajak dua orang je. Aduhh… Susah kan jadi orang hensem ni?” Panjang dia bercerita. Dah tu sempat pulak bajet perasan. Menyampah!
“Hahaha…” Aku ketawa tak ikhlas. Cerita dia bukannya lawak mana pun, haruslah gelak jugak supaya taklah nampak yang dia tengah cakap dengan pokok. “Pergilah beli sendiri.” Aku menyambung.
“Dah nama pun aku haus, mestilah aku letih nak kena menapak ke kafeteria pulak. Malam sikit.” Ujarnya berlagak. Aku ketuk kepala kau jugak kejap lagi!
“Dah tu yang kau tarik aku sekali kenapa?”
“Saja.” Jawabnya selamba. “Kepala hotak kau!” Aku membalas sambil meluku kepalanya.
“Apa kes luku-luku orang ni?”
“Dah ah, aku nak blah. Buang masa duduk dengan kau. Nak blah tak? Jom.” Aku mempelawanya.
“E eh, tunggu jap. Nama kau apa?”
“Iman. Kau?” Giliran aku pula untuk bertanya. Walaupun aku bukanlah nak tahu sangat, tapi takpelah…
“Nama macam laki… Oyeah, nama aku Izat, panggil Ijat je. Nama manja.” Werkk, manjalah sangat.
Aku menapak laju ke depan. Tinggallah mamat tu sekor-sekor. “Imann… tunggu jap.” Jeritnya dari jauh sambil berlari-lari anak menuju ke arahku. Apa lagi niii???
“Imann… Nak nombor phone?” Ujarnya sambil mengedip-ngedipkan mata. Nasib baik kau hensem. Haha.
“Nak buat apa?” Haruslah jual mahal beb!
“Nak ngorat.”
“Giler? Buang tebiat apa?” Tanyaku hairan.
“Bagi jelah! Aku luku kang.”
“Yelah yelah!” Aku pun bagi.
Dan start hari tu, hubungan aku dengan Ijat mula baik. Selain Fya, Ijatlah member kedua paling rapat dengan aku. Dia sporting, dia gila-gila. Senang je nak masuk dengan dia ni. Ijat bukannya sombong macam yang aku pernah cerita. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Eh? Bila masa pulak aku bercinta dengan dia ni? Isy isy!! Gossip, gossip…
***


“Iman…” Panggil Ijat. Ketika itu kami berada di Taman Tasik Titiwangsa, baru je habis berjogging.
“Hmmm?” Aku menyahut. Pelik sebab nada suara dia macam lain dua macam je.
“Mak aku paksa aku kahwin dengan gadis pilihan dia…” Ujarnya lirih.
Aku? Aku lagilah sentap beb! Aku dah 9 bulan menjalinkan sillaturahim dengan dia, tak mustahil kalau aku cakap yang aku ada rasa ‘something’ dengan mamat ni. Cuma bila berdepan dengan dia, aku terpaksa cover. Malulah kan kalau nak mengaku. Lagipun Ijat kan Jejaka Pujaan Malaya. Manalah sesuai dengan aku ni.
“Habis tu? Terima jelah. Kau bukannya makin muda.” Lain di hati, lain jugaklah di mulut. Macam nak tampar-tampar je mulut ni.
“Kau restu aku kahwin dengan pompuan tu?” Dia bertanya.
“Aikk? Aku bukannya mak kaulah!” Mengarutlah Ijat ni. Kalau kau tanya aku, konfem aku cakap macam ni, “No way! Kau kena kahwin dengan aku!” Tapi dalam hati bolehlah. Huhuuu…
“Kau dah jumpa bakal isteri kau tu?” Aku menyambung bagai tiada apa-apa yang mengganggu fikiranku kini. Padahal…
“Belum. Kau tak kisah kalau aku kahwin dengan perempuan pilihan mak aku tu?” Tanyanya lagi semacam mahu membakar hati aku yang dah mula berapi ni.
“Kahwin jelah. Tak payah laa fikir pasal aku.”
“Tapi kau…” Belum sempat dia berkata, aku sudah memotong.
“Kahwin jelah dengan pompuan tu. Bukan ada kena mengena dengan aku pun. Dah ah, chow.” Aku berlari menuju ke arah motosikalku yang diparkir tak jauh dari situ. Hati aku menangis. Yeah! Entah angin apa entah yang masuk dalam badan aku sampai kena sedih-sedih macam ni. Betul ke ni yang orang panggil CINTA? Damn it!… Sangatlah nonsense!!!
***


“DUA tiga hari ni aku tengok kau lain macam je? Datang bulan eh?” Tanya Fya sambil menghulurkan mug berisi milo panas kepadaku.
Aku tidak mengendahkan pertanyaan Fya. Mataku terlekat kukuh pada kaca televisyen yang sedang menayangkan rancangan kartun feveretku, Phineas and Ferb.
“Iman, aku cakap dengan kaulah!” Fya sedikit membentak.
Belum sempat aku membalas pertanyaan Fya, telefon bimbitku bernyanyi nyaring. Mak! Bisik hati kecilku. Dah lama mak tak telefon aku. Ni mesti ada hal ni.
***


Berita yang kuterima dari emak sudah cukup membuatkan aku hilang selera untuk menjamah makanan. Kenapa masalah selalu datang bertimpa-timpa? Belum cukup dengan kejutan yang Ijat persembahkan, kini muncul lagi kejutan yang boleh membuatkan hidup aku jadi huru hara. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apakah aku sedang berada di zaman 70-an? Kenapa jodoh anak-anak memerlukan ibu bapa yang menentukan. Arghhh!!!
Kata ibu, ada rombongan merisik telah datang minggu lepas. Nak merisik siapa lagi kalau bukan aku! Takkan nak merisik adik-adik aku yang masih kecik kut. Dah tu semua adik-adik aku lelaki. Buang tebiat ape?
Mak pulak sesuka hati je terima risikan tu. Ya ALLAH, sedih gila aku masa tu. Aku bukannya tua kerepot sangat sampai mak nak kena carikan jodoh untuk aku. Aku baru 21. Kata mak, tak baik melengah-lengahkah benda yang dituntut agama. Memanglah macam tu, tapi kalau bakal suami aku pun aku tak kenal, macam mana? Kata mak lagi, bercinta lepas kahwin lebih indah. Aduhh… Macam nak terputus tulang belikat aku ni. Mak mak, cubalah fikir sikit pasal hati dan perasaan anak gadismu ini. Nak meraung menjerit pun dah tak guna. Kenyataannya mak sudahpun menerima lamaran tu.
***



Hari pernikahanku sudah pun tiba. Sampai sekarang aku masih tak kenal siapa bakal suamiku. Dalam keadaan sekarang ni, aku teringatkan seseorang. Ijat! Ya ALLAH, sejak peristiwa dekat Taman Tasik Titiwangsa hari tu, aku dah tak bertegur dengan dia dah. Dia punya called, aku tak jawab. Dia punya mesej berderet-deret, aku tak reply. Jumpa dia dekat kuliah pun, aku buat derk je. Padahal dalam hati ni gila bapak punya rindu dekat dia. Aku sengaja buat macam tu sebab nak biasakan diri. Yalah, lepas ni dia dah  ada  anak bini, takkanlah aku nak berkepit 24 jam dengan dia macam dulu.
Aku lupa hakikat bahawa aku juga bakal menjadi isteri orang dalam hanya beberapa minit sahaja lagi. Ijat… Iman rindu Ijat… Datanglah sini. Iman tak nak kahwin dengan orang lain. Iman nak kahwin dengan kau je. Perlahan-lahan air mataku mengalir di pipi. Tak sanggup nak menerima hakikat bahawa persahabatan aku dan Ijat selepas ini akan terbatas atas status diri masing-masing.
“Kenapa nangis ni Iman? Cair mekap tu karang.” Tegur Kak Lyn, sepupu aku. Aku memandangnya dengan pandangan sayu. Aku tahu dia mengerti dengan keadaanku sekarang yang sesuai digelar ‘Kahwin Paksa.’
“Sabarlah dik, diorang dah nak mulakan acara akad nikah tu.” Pujuk Kak Lyn sambil mengesat air mataku dengan tisu.
Sayup-sayup terdengar orang bercakap-cakap menggunakan mikrofon. Walaupun begitu, perbualan mereka masih terbatas pada pendengaranku memandangkan aku berada di dalam bilik manakala mereka di luar. Hatiku berdebar-debar. Jantungku mula berdegup kencang. Suara orang ramai mula riuh rendah membuatkan nafasku tersekat.
“Diorang nak datang sini dah Iman. Iman ready? Cool ye dik.” Tutur Kak Lyn sedaya upaya menyalurkan sedikit semangatnya kepadaku.
Derap langkah orang ramai membuatkan peluh dingin di dahiku memercik hebat. Aku menundukkan kepala. Tak sanggup nak tatap wajah ‘suamiku’ yang berada di depan mata. Aku tak dapat terima kenyataan bahawa aku berkahwin bukan dengan jejaka pilihanku sendiri. Aku takut aku tidak dapat menggalas tugas sebagai seorang isteri dengan baik dan sempurna. Aku masih menundukkan kepala. Enggan menatap rupa suami yang baru aku nikahi.
“Iman?” Suara itu! Suara itu memanggilku. Ya ALLAH! Betulkah dia? Hisy! Apa pulak kau ni. Dalam keadaan sekarang ni pun kau masih teringatkan dia? What the hell Iman? Back to reality. Di depan kau sekarang bukannya Ijat lagi, tetapi suami yang kau tidak kenal sama sekali. Ya! Aku harus menerima hakikat ini.
Perlahan-lahan aku mendongak menatap wajah suamiku. Hah? Kejutan apakah ini? Aku melopong. Terkejut, gembira, sedih dan terharu bercampaur baur.
“Imann???” Panggil Ijat lembut. “K…ka…kauu??” Ujarnya seakan tidak percaya.
Aku yang masih terlopong, terus melopong. Sungguh aku terkejut.
“Bila nak sarungkan cincin tu Ijat? Kesian bini kamu menunggu tu.” Kedengaran suara seorang makcik yang pada pendapat aku, makcik itu ialah ibu Ijat merangkap ibu mertuaku!
Perlahan-lahan, Ijat menyarungkan cincin bertakhtahkan sebiji berlian di jari manisku. Perlahan-lahan dia mengucup dahiku penuh syahdu. Ya ALLAH, apakah kau mendengar segala rintihan dan kerinduan ku selama ini?
***
“Iman, sini duduk tepi Ijat.” Panggil suamiku. Ayeee… Suami? Huhuuu…
Aku menurut tanpa membantah. Macam-macam kejutan yang terhidang untukku hari ini.
“Kenapa tak angkat bila aku call kau?” Tanyanya sambil matanya menikan tajam wajahku.
“Dah kau nak kahwin, takkan nak kacau kut.”
“Jeles eh?” Tanyanya sambil mencuit hidungku.
Aku menggangguk. Tak payahlah nak rahsia-rahsia. Benda betul kan?
“Kau dah lama suka kat aku ke?” Tanyanya lagi.
Aku mengangguk sekali lagi.
“Kenapa tak kasi tahu hah?”
Aku mendongak memandangnya. “Kenapa nak bagitau pulak? Tak pasal-pasal nanti aku kena serang dengan kekasih-kekasih gelap kau yang ramai tu.” Aku memintal-mintal kain cadar, cuba menghilangkan debaran hebat di hati. Tak pernah-pernah aku duduk berduaan dalam bilik dengan seorang lelaki.
“Kau lain daripada diorang Iman… Aku pun dah lama suka kat kau sebenarnya.” Ujarnya dengan muka merah sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Elehh… malu pulak. Bukan ke aku yang sepatutnya malu bila buat pengakuan? Tiba-tiba aku rasa macam dia pulak anak dara. Mana aci!
“Kau sayang aku?” Oppss… terlepas tanya. Huhuuu…
“Siapa tak sayang bini oiii…” Katanya sambil memelukku erat.
Tak sangkakan, mamat sengal yang aku jumpa dalam keadaan tak tentu arah boleh jadi suami aku. Ya ALLAH, jika benarlah dia yang KAU utuskan buatku, aku harap pernikahan ini akan berkekalan dan mendapat keredhaanMu Ya ALLAH.
“Iman… Ijat ngantuklah…”
“Gatal!” Ujarku lantas mencubit lengannya.
-TAMAT-







OLDER POST | NEWER POST