> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Cerpen : Orang gaji yang tensyen!
Saturday, 22 October 2011 | 22:34 | 0 chocolate

“Saya nak bila saya balik je rumah, makanan taraf hotel 5 bintang mesti dah terhidang atas meja. Faham???” Jerkahnya.
Aduhhh, sakit telinga aku kalau hari-hari cenggini. “Ye tuan.” Aku jawab perlahan. Aku bukannya takut, cuma hormat je. Alah, nak takut apa dengan dia ni kan?
“Apa yang saya cakapkan tadi? Tolong ulang balik.” Pintanya.
Aku terdiam sejenak. Bukannya tak tahu apa yang dia cakapkan tadi, cuma tetiba otak aku jem.
“Cuba ulang balik apa yang saya cakap tadi???” Jerkahnya lagi. Kerana terlalu gugup dan gementar, ini yang terkeluar dari mulut aku. “Tuan suruh saya kerat 18 badan tuan dan kasi 5 ekor anak harimau makan. Eh?” Aduhhh… Sebenarnya aku melatah tu. Kan dah terkeluar ketidakpuasan hati aku tadi. Mampus ah aku kejap lagi ni.
“Hah? Kerat badan saya 18? Berani awak eh?”
“Errr… tak, tak tuan. Tuan suruh saya masak mengkarung cicah asam pedas, eh silap. Errr, tuan suruh saya hidangkan makanan taraf 5 bintang hotel.” Hah, hambek kau punya berterabur ayat aku.
“Hmmm… awak tahu saya balik pukul berapa hari ni?”
“Tak tahu tuan. Saya ni bengap matematik tuan.” Kataku gugup. Nampak sangat ke yang aku ni takut giler dengan dia?
“Saya balik pukul 5 petang. Kalau saya balik, tengok atas meja takde apa-apa lagi, memang masaklah awak.” Ugutnya. Woiii, ingat aku takut ke? Ye, memang aku takut tapi bukan dengan kau. Aku takut kalau kau pecat aku je. Huhuhuu. Takutlah jugak. Boleh tahan gampang jugak aku ni.
“Baik tuan.” Jawabku perlahan dan hampir tak kedengaran. Yelah aku mengaku aku memang takut kat dia. Adoii…
“Baik, saya chow dulu.” Katanya sambil melangkah perlahan menuju ke arah kereta BMW 5 series miliknya. Aduhhh… Tensyennya aku kalau setiap hari macam niiii….
Okey, mehlah aku cerita sikit macam mana aku boleh kerja kat sini. Lepas je arwah mak aku meninggal, aku trylah cari kerja kat KL ni. Tapi aku ni takde kelulusan. Sekolah takat SPM je. Lepas tu aku junpa dengan bapak si Faris, mamat sengal tadi tu. Oh ye, nama mamat tadi tu Faris. Punyelah menyampah sampai lupa nak bagitahu nama. Hohooo…
Bapak dia, Dato’ Farhan yang rekomenkan aku dengan kerja ni. Aku pun dah habis bersyukur dah dapat kerja ni. Selain dapat kerja, aku jugak dapat tempat tinggal. Untung tak?
Tapi Dato’ selalu takde kat rumah. Orang busylah katakan. Selalu aku dengan mamat ni jelah yang selalu kat rumah. Tulah yang buat aku rasa macam bebal sikit. Tapi kadang-kadang adik si Faris, Fasya pun selalu datang sini. Takdelah aku malu-malu tinggal berdua dengan mamat sengal tu.
Aduhhh… Apa yang aku merepek ni. Sekarang dah pukul 2. Kalau tak sempat nak masak, masaklah aku. Huihh… tak boleh jadi ni. Kena start masak sekarang. Tapi nak masak apa? Mintak yang sedap-sedap tapi nak siap cepat. Karang aku sumbat belacan dengan ikan kering dalam mulut dia baru dia tahu. Huh!
Setelah 2 jam setengah aku berperang dengan kuali, akhirnya siap jugak. Aku masak semuanya ala-ala kampung.  Manalah aku reti nak masak masakn omputih ni semua. Nak sebut pun tak reti.
Ada lagi setengah jam sebelum mamat sengal tu balik. Bolehlah landing kejap atas katil. Memang dah letih gaban dah ni. Aku mengambil peluang untuk habiskan novel Hingga Ke Akhirnya, karya Siti Nur Dhuha. Aduhh… Bestnya kalau kisah cinta aku macam diorang ni. Sweet sangat. Tapi dengan siapa pulak? Si Faris tu? Mintak simpang. Kerja buat aku tensyen. Aku baru 2 bulan kerja kat sini tapi dah rasa macam 2 tahun sebab hari-hari kena ngadap muka dia. Bengang wooo…
Bunyi enjin kereta memberhentikan pembacaanku. Dah balik Tuan Faris aku yang sengal lagi bebal tu. Ahhh… biarlah. Aku dah sediakan makanan, makanlah sendiri. Aku terus membaca.Mesti Tengku Khuzairi ni hensem kan? Ada tak iras-iras Tuan Faris? Haha. Entah. Hah, Tuan Faris aku ni muka dia ala-ala Ashraf Muslim sikit. Ye, memang sangatlah hensem tapi perangai mengalahkan Adolf Hilter. Percayalah.
“Mayaaaaa!!!!!!” Opocot selipar masuk mulut. Eh. Aduhhh… cubalah berlembut sikit dengan aku. Manalah tahu aku boleh jatuh hati kat kau ke ye tak? Haha. Perasanlah weh! Tanpa berlengah, aku terus berdecit menuju ke ruang tamu.
“Kenapa tak jemput saya masuk? Awak tahu tak saya yang buka pintu ni sendiri hah?” Weh, air liur kau kena akulah bodoh. Aku mengelap pipi aku yang dah tercemar dengan air liur Tuan Faris. Nasib baik kau hensem kalau tak dah lama aku pelangkung. “Maaf tuan. Saya duduk dalam bilik sebab tu tak dengar yang tuan dah balik.” Padahal aku saja malas-malas. Hah, hambek aku. Malas membawa padah!
“Awak buat apa dalam bilik? Curi tulang eh?”
“Takdelah. Saya tengah berlatih nak belasah tuan, eh maksud saya saya tengah berkatih belasah lipas. Hehee…” Aku tersengih malu.
“Oh ye, dah siap masak?” Katanya sambil laju menuju ke ruang makan. Kesian tuan aku, dah lapar sangatlah tu.
“Hmmm… Nampak sedap. Awak masak ke awak beli bungkus ni?” Tanyanya sinis. Woii, baik baik sikit mulut tu. Aku masak sendirilah! “Saya yang masak tuan. Saya mana ada duit nak beli.” Lain di hati, lain jugaklah di mulut.
“Awak kenapa berdiri je?” Tanyanya lagi. Uihhh… ni mesti kes nak suruh aku makan semeja sekali dengan dia. Terharu baiii makan dengan klon Ashraf Muslim. Tanpa segan silu, aku menarik kerusi sambil duduk malu-malu. Heheee…
“Eh? Siapa yang suruh awak duduk ni?” Tanyanya hairan. “Eh, tadi tuan yang tanya kenapa saya berdiri, maknanya tuan suruh saya duduklah kan?” Kalau dia hairan, aku seribu kali ganda lagi hairan.
“Takkk… saya suruh awak pergi ambil epal untuk saya. Saya tak boleh makan kalau takde buah epal dekat sebelah.” Katanya sambil tersenyum-senyum. Aduhhh… First time aku tengok dia senyum macam ni. Agak-agak bila dia nak ajak aku kahwin?
Dengan muka merah macam tomato tua, aku pun bangun dan melangkah menuju ke peti ais. Ha’ah lah, selama ni mana dia pernah ajak aku makan sekali. Apa la aku ni. Buat malu je.
“Ini buahnya tuan.” Aku menghulurkan sepinggan epal yang telah kupotong kemas. Aku potong kecik-kecik takut Prince Charming aku ni mati tercekik.
“Aikk? Bila masa saya suruh awak potong?” Aikk? Soalan jenis apa yang Tuan Faris tanya aku ni?
“Saya tak suruh apa-apa pun, maksudnya saya suruh awak bawak epal sebijik, tak yah potong-potong. Hisyy lembap betul maid aku ni.” Oiii, aku cili mulut kau masa kau tidur japgi!
“Oh sorry saya tak tahu.” Jawab aku sambil menundukkan kepala. Ada je yang tak kena pasal aku di mata dia. Arghhh… tensyennya aku!!!
Aku berlalu ke dapur dan mengambil sebiji epal tanpa dipotong. Aku letakkan di atas meja lantas aku berlalu masuk ke dalam bilik. Aku memang cepat sensitif. Biasalah anak tunggal.
“Mayaaa…” Sayup-sayup terdengar suara Tuan Faris memanggilku. “Saya nak solat tuan.” Aku menjawab dan selepas itu aku sudah tidak dengar suaranya lagi. Banyaklah aku punya solat dalam keadaan cuti macam ni. Huhuuu…
Masuk je bilik aku terus capai frame yang menempatkan gambar arwah mak. Makk… Maya sedih mak… Kenapa mak tinggalkan Maya dengan mamat sengal spesies tenuk terlepas zoo ni mak? Makkk… Baliklah…
Aku mengesat air mata yang mengalir di pipi. Sedih! Ya, aku sedih sangat. Aku ni dahlah anak manja, ibu tersayang pulak dah pergi, pastu kena buli tetiap hari dengan  Tuan Faris. Aku tensyen!  Ya! Sangatttttt tensyen…
Aku lupa yang aku belum basuh baju. Dulu baju aku semua mak aku yang basuh, sekarang, bukan saja baju aku, baju orang lain pun aku kena basuh. Tak pernah terfikir pun yang aku akan jadi maid.
Aku membuka pintu perlahan-lahan. Terkejut tahap beruk sampai aku ternganga luas tanpa sedar. Apa jadah mamat ni tetiba muncul depan pintu ni?
“Maya?” Panggilnya lembut. Aduhhh, hati aku dah mula melting ni.
“Ye tuan?” Aku berkata perlahan sambil menundukkan wajah. Tak sanggup nak tatap mata dia.
“Awak marah saya?”
Aku menggeleng.
“Awak dah bosan dengan perangai saya?”
Aku menggangguk. Lepas tu aku geleng pulak. Aku sendiri dah pening.
“Awak benci saya?”
Aku menggeleng sungguh-sungguh. Gila kau nak suruh aku benci klon Ashraf Muslim?
“Awak tensyen dengan saya?”
Yang ni aku mengaku sangat lantas aku mengangguk.
“Sorry…” Ujarnya lirih. Aikk? Tertelan bijik durian ke pagi tadi? Mana perginya perangai singa dia tu?
“Saya sebenarnya bukan yang macam awak nampak…”
Aku yang tertunduk dari tadi terus mendongak. “Hah?” Dah terkeluar suara terkejut aku. Punyalah buruk bunyi dia.
“Saya saja nak uji awak. Awak marah?” Ujarnya ceria. Sah mamat ni mental.
“Uji saya? Tapi kenapa?” Aku mengeluarkan suara ala-ala perempuan gedik yang merajuk. Dasar hipokrit.
“Saya nak uji bakal isteri saya sebelum saya sahkan yang dia dah berjaya menawan hati saya.” Aku terkejut. Satu ayat je yang buat telinga aku jadi ngilu. Bakal isteri???
“Mayaaa…” Panggilnya lagi.
“Jom kahwin nak?”
“Hahhhh? Kahwin?” Aku menjerit dan terus pengsan.
Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku bukan pengsan pun, cuma saja nak ambik masa pikirkan benda yang serabut ni. Tiba-tiba aku rasa ada tangan yang mengusap lembut rambut aku. Aduhhh… aku dahlah dah mula suka kat dia, tambah bila dia buat macam ni…
“Kenapa awak tetiba pengsan ni?”
“Tuan Faris…” Panggilku.
“Hmmm? Kenapa Maya? Nak air ke?”
Aku menggeleng.
“Maya nak apa?” Tanyanya lembut.
“Saya nak kahwin dengan tuan.” Aduhh… termelatah pulak. Tapi memang betul pun. Huhuu…
“Serius Maya?” Katanya sambil mengusap pipiku. Aduh, lembutnya tangan dia macam tangan anak dara.
Aku bangun dari ribaannya. Aku menggangguk. “Errr tapi tuan, saya sebatang kara…” Ucapku lirih.
“Ada saya kisah? Saya nak kahwin dengan awak, bukan dengan keralah Maya!”
Huklaloh bengap pulak tuan kesayangan aku ni.
“Kahwin dengan saya eh?” Lamarnya lagi.
“Of course.” Hah hambek aku speaking terus. Hoho…
Korang, doakanlah aku bahagia dengan mamat sengal aku ni eh? Heheee…

-TAMAT-

p/s: Sorry simple sangat. Percubaan pertama buat cerpen ni. Hehee…







OLDER POST | NEWER POST