> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Lawak Gampang !
Monday, 3 October 2011 | 02:52 | 0 chocolate
Murid : Selamat pagi,Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja.?Petang dan malam awak doakan saya tak selama.t?
Murid : Selamat pagi,petang dan malam Cikgu !
Cikgu : Panjang sangat !Tak pernah dibuat oleh orang !Kata selamat sejahtera ! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu !
... Cikgu : Sama-sama,duduk! Dengar sini baik2. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua msti menjawab dengan cepat,lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham.?

Murid : Faham,Cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai !
Murid : Bo-doh !
Cikgu : Tinggi !
Murid : Rendah !
Cikgu : Jauh !
Murid : Dekat !
Cikgu : Keadilan !
Murid : UMNO !
Cikgu : Salah !
Murid : Betul !
Cikgu : Bo-doh !
Murid : Pandai !
Cikgu : Bukan !
Murid : Ya !
Cikgu : Oh Tuhan !
Murid : Oh Hamba !
Cikgu : Dengar ini !
Murid : Dengar itu !
Cikgu : Diam !
Murid : Bising !
Cikgu : Itu bukan pertanyaan,bodoh !
Murid : Ini ialah jawapan,pandai !
Cikgu : Mati aku !
Murid : Hidup kami !
Cikgu : Rotan baru tau !
Murid : Akar lama tak tau !
Cikgu : Malas aku ajar kamu !
Murid : Rajin kami belajar Cikgu !
Cikgu : Kamu gila !
Murid : Kami siuman !
Cikgu : Cukup !Cukup !
Murid : Kurang !Kurang !
Cikgu : Sudah ! Sudah !
Murid : Belum ! Belum !
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bo-doh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bengap kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)





p/s : haha. credit to fesbuk. Lupa kat sapa aku amek. Tapi kat fesbuklah. :)

OLDER POST | NEWER POST