> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


Stresssssssss !!
Thursday, 14 March 2013 | 00:03 | 0 chocolate
Assalamualaikum . okay okay tenangggg mira . bertenang . banyak gila aku nak cerita ni . rasa beban sgt kepala otak aku ni kalau aku tak lepas kat mana2 . nak cerita kat parents/family mcm langsung tak sesuai pulak . kat member pun member jauh2 . dekat twitter lagi tak sesuai . hmmmm sini jelaa harapan aku pun sebab aku tau takdak nya org nak baca blog aku sbb aku dah tak aktif berblogging . k mukadimah done !

Bulan 2 haritu aku pindah sekolah , from bukit gambir pegi sg nibong sebab nak amek sastera punya pasal . Kalau kat gambir aku masuk sceince stream . benda aku mmg benci maths2 ni , maths aku benci tambah lagi physic dgn add maths . huh boleh terbelah spinal cord aku --' lagipun dekat gambir takdak kelas sastera . nak tak nak mmg kena masuk sekolah lain la .

Semua org pelik awat aku nak masuk sg nibong padahal bukit gambir dah cukup bagus . Depa lagi pelik bila aku gtau result pmr aku . 7A1B . sebabnya sekolah situ paling byk pun yg muslim/melayu ni 5 A . yg chinese Indian jgn cakap ah . mestilah straight . hmmm masuk2 tu , mmg boring la sebab takdak kawan . Depa semua dah ada geng . Rasa segan la nak join sekali . Pastu masa 3rd day kot , aku dah baik dengan sorang budak ni , dia duduk tepi aku . Nama dia Izzati . Dia mcm aku jugaklaa , kawan2 kat kelas lain . So kami berchingu dua orang .

Tapi masalahnya dia selalu selalu selalu sangat tak datang sekolah . Dahla dia satu-satunya harapan aku nak ajak bersembang/berfangirling(dia minat kpop cam aku gak) . So bila dia tak datang memang serious rasa mcm useless tak bergaji tau . Serious rasa lonely gila . Depa semua tu bukan layan aku pun . sedih kot :(

Nasib baik masa rehat ada Balqis dgn Azinie . hmmmm . Minggu ni kami ada exam . Baru habis semalam . So harini dapat result Perdagangan . Cikgu cakap ada sorang ja dapat A . Aku mmg berharap terangat sangat lah berharap yg A tu aku . Aku tanya cikgu sapa yg dapat A tu ? Cikgu cakap nanti cikgu gtau bila semua dah masuk kelas .

Okay semua pun dah masuk kelas masa rehat dah habis . Cikgu cakap ramai failed . Cuak jugak la sikit . Then cikgu panggil sorang2 bagi kertas . Mmg majoriti dapat 40 above , 50 , failed pun ramai la jugak .
 Kelas ke-4 kan . Macam no wonder la jugak . Then cikgu panggil nama aku then dia macam terangguk2 sikit . Aku cam curious la . Pastu cikgu cakap aku dapat highest . 94 ! semua mcm terkejut la sikit . Aku lagi la ! Sampai nak terjatuh kerusi tadi ! Sebab aku takdak la bagi sepenuh jiwa raga aku masa study tu . huhuuuu .

Lepastu ada la pulak sorang mamat nerd kelas aku ni dok jeling-jeling kat aku bila habis ja cikgu bagi result . Aku mcm .... errr hang awat ? Agak lama jugak la dia jeling ketat kat aku . Dia ni macam nak kata pandai aku pun  taktau sebab baru masuk sekolah tu . Maybe dia rasa aku ni pesaing dia or whateva . aku pun taktau dia dapat apa . Sat aku tanya jadi lain pulak . Pastu cikgu practical PD masuk . Dia tanya sorang2 fail ke tak . Pastu semua macam nak camdek aku ja . Depa cakap jangan la tanya depa , tanya la Amira . Aku ? Bara sikit sedih pun ya jugak . Ha la bukan aku yang mark paper tu . Salah aku ka aku dapat result cenggitu ? Bukan aku yang gedik2 mintak kat cikgu aku nak markah cenggitu . Sedih jugak la . Dahla Izzati tak mai tadi . Sedih sedih sedih .

Lagi satu , cikgu2 practical dekat sekolah aku seriously annoying gila kot !!!! Serious awat depa nak kena datang sekolah ni ??? Kalau datang ja takpa ni masuk ajar kelas aku pulak tuh ! Cikgu yang original lagi better kot ! Cikgu2 practical ni poyo ja lebih . Gedik pun ada jugak --'

Ha la sikit2 nak sebut nama budak laki . Sikit2 dok tanya cemni "Eh awak okay ke ?" "Dah siap salin?" "Faham tak ?" dan macam2 lagi . Yang ditanya tu dekat budak2 laki je . Budak pompuan ada jugak la tanya tapi most of them mmg seriously , I can't describe .

Pastu kan aku ni dahlah duduk depan . Betul-betul depan meja cikgu . Kaki aku pun boleh terajang cikgu2 tu kalau aku nak sebab dekat sangat . Sebesar2 aku dengan member aku yang duduk depan depa , depa mcm tak heran ja kot ! Dok heran kat anak2 ikan kat belakang tu . Seriously aku rasa terpinggir jugak la . Cikgu2 ni macam tak heran ja budak2 baik yg duduk depan mcm aku ni . Sikit budak belakang . Pastu tadi aku panggil cikgu practical BI nak tanya pasal oral . Pastu dia cakap kejap then pegi sembang dengan budak laki kat belakang . WTH ? Aku ni apa ? Halimunan ? Transparent ? LOL

Cikgu original lagi better kot . Yang layan aku pun cikgu Asmah , Cikgu Kalai , Cikgu PD original , (aku lupa nama) boleh kata semua cikgu2 yang orginal ja layan aku dengan member aku yg duduk depan ni . Aku rasa cikgu2 practical ni perak kot sebab tak penah nampak budak laki . Attention yang diberikan melebih-lebih .

Kalau tak sebab parents , SPM , dengan tuntutan Allah yg suruh kita menuntut ilmu , memang tak la aku nak sekolah dah tambah2 kat situ . Baik aku kerja cari duit pegi Korea pastu cari Korean muallaf ajak kahwin . Happy ending . LOL

Okay ni cerita pasal lain pulak . Huhuhuu . Aku ada la tertarik kat someone ni . Sekolah sg nibong . Aku first nampak dia masa tengah PJ kat padang . Kelas aku dengan kelas dia PJ sama . Budak laki lain main bola , dia tak . Dia lari-lari keliling padang tu . Non-stop kot 2 masa dok lari cenggitu . Peluh jangan cakap la . Dah la pakai T-shir warna putih . Memang tergoda iman aku . And for sure dia ni Chinese la . Aku mana pandang dah budak2 melayu . Hehehe melayu mudah lupa sungguh kan aku ni ? Nama dia Isaac . Mmg tahap ke-handsome-man dan kecomelan dia ni memang tak boleh dipertikaikan la . Sebab tu aku crush . Then semalam saja2 ja tekan nama dia dekap fb , tempat search tu . Tup tup nampak gambar dia , aku pun jerit tahap dewa lah masa tu , tapi dalam hati jela sebab masa tu dah pukul 2 pagi . Gila mampos aku kena penampar bongsu dengan mak aku nanti . Then terus bukak pastu add . Baru la stalk2 fb dia .

Patah lapan belas ribu hati aku bila tengok relationship status dia . Dah couple rupanya apek handsome ni . Sedih betul aku . Tengok pulak fb awek dia . Yang bengang tu awek dia satu sekolah dengan aku ! LOL tapi form 5 . Isaac form 4 tapi umo 17 . Ada orang cakap dia amek PMR 2 kali . Taktau la aku , taknak tau pun yang aku tau dia handsome gila . huhuhuu . Oh lupa pulak pasal madu aku tu , oppps madu kau , kemain hahaha XDDD

Bukak pulak album2 awek dia . Puh berkecai hati aku tengok gambar2 kat situ . Berpeluk2 , berkiss2 bagai . Sakit hati tapi takpa la , bukan Islam . Kalau Islam memang aku sound dah . Mencegah kemungkaran kan bagus . Pendidikan Islam form 3 . huhuuu

Aku pasrah dan redha . Bukannya aku crush sampai nak couple kahwin dengan dia pun . Just nak minat dari jauh . Tapi bila aku tau dia dah ada girl , rasa nak syok2 pun dah tak syok dah . Rasa macam nak gaduh ja dengan gf dia tu huhuhuuu desperate jugak aku ni ><

Pastu tadi masa rehat aku nampak dia . Aku ushar jeling2 gitu je . Tengok2 dia pegi kat meja awek dia . Duh jatuh medulla oblongata aku sesaat tadi . Balqis tunjuk dia kat aku sebab dia tau aku minat Isaac . Aku pun terus cakap kat dia , "Huh aku benci dia" Dia tanya awat . Aku cakap la mamat apek tu dah ada awek . Dia tanya comel ke tak . duh sampai hati . Bukan nak tanya bagaimanakah perasaan membermu ini . Boleh pulak cenggitu . Aku pun tunjuklah awek Isaac yang tengah bersembang ngan Isaac . Dia cakap comel la apa la aku pun sabaq ja . Huh comey ja seksi nak mampos buat pa ? LOL

Dah laa , aku taknak dah kat dia . Tapi takbleh la bila nampak ja dia rasa macam nampka idol mana2 . Tadi for the first time aku nampak dia main bole dengan budak melayu lain . Sebab selalu dia lari sorang2 ja . Pastu tengok balik tup tup dah hilang . Sedih jugak aku even dok benci-benci pun . Hahaha .

Pastu balik kelas , kelas aku kat atas sekali , tengok bawah ada budak sesi petang tengah maik takraw . Pastu tetiba nampak Isaac tengah tolong bebudah tu tukar net . Aku pun masa tu , alahai , tak jadi nak benci pulak . Cair kot . HAHAHAH XDD

Okaylaa rasa macam dah boleh buat cerpen dah ni . Typo pun mesti banyak gila sebab aku bantai type ja ni . Hahahaha :P





OLDER POST | NEWER POST