> Follow ¦Dashboard <
Michigo


About Item Story Credit


World War. lol tajuk -.-
Wednesday, 1 May 2013 | 00:32 | 0 chocolate
Assalamualaikum

Bayangkan bila rumah hang jadi medan pertempuran antara dua parti politik yg berlainan. Bayangkan bila mak pak hang sokong parti lain-lain. Bayangkan bila hang tersepit kot tengah taktau nak pi mana. Bayangkan kalau hang tension hari-hari dok dengaq depa berdebat mempertahankan parti masing-masing. Aiseyman ayat gua kalah A.Samad Said puahahaha XD

Mak aku BN, bapak aku PKR. Kakak aku macam setengah-setengah ja. Tapi sekarang aku dok tengok dia macam dok layan ceramah2 Anuar Ibrahim. Erk?

Aku memang tak layan langsung benda2 politik ni sebab der, aku baru 16 lol. Banyak lagi benda aku nak pikiaq. Obsesi aku terhadap parti Bigbang belum lagi pudar. Hahaha. So nak support mana2 parti memang tak la kot. Kalau nak amek tau sikit2 tu boleh la. Kalau family aku gaduh2, sembang2 pasal politik tu aku boleh la faham even tak la sepenuhnya. Sebab benda tu nak tak nak hang kena dengaq dan hadapi jugak hari-hari sebab benda hang dok Msia. Memang tak lari la. Kalau hang bukak berita bukak paper bukak fb memang setiap masa pasal politik tambah2 bila pru dah nak dekat.

Jadi aku harap pru cepat sikit habis so tak lah rumah aku macam Hiroshima kena letup dengan amerika muahaha.

Jalankanlah tanggungjawab anda. Aiseyman. Aku tak masuk list lagi. Lagi 5 tahun huhuuu

Bai

OLDER POST | NEWER POST